Sejak kebelakangan ini perkataan lucah "ale Uto" telah menjadi satu sebutan yg sudah lazim dengan rakyat malaysia. Tapi tidak tahukan anda bahawa perkataan tersebut sebenarnya adalah satu perkataan lucah atau pun mencarut yg memang di larang dalam agama kita.
Baru-baru ini tersebar dalam laman media sosial tentang kanak-kanak turut di ajar dengan perkataan luah ini dan menjadi kebanggaan ibu bapa. Ini akan mencerminkan bangsa kita akan terus hanyut di masa akan datang. Kanak-kanak kecil yg masih tidak tahu apa-apa menjadi mangsa perlakuan orang dewasa.
Mereka seolah dari kecil sudah dia ajar perkara-perkara tidak senonoh. bayangkan dengan perkara ini mereka membesar kerana kita perlu ingat mereka adalah pewaris pemimpin masa depan negara. Bagi sesetengah orang memang ia dianggap gurauan kerana kanak-kanak tidak mengetahui apa maksud tersebut tetapi percaya la apa yg kita sebut itu adalah satu doa.
Selain itu kanak-kanak juga turut terpengaruh dengan perkataan tersebut selepas ada video perkataan tersebut di tutur versi kartun terkenal jepun iaitu doreamon.
Dalam Islam sendiri, kata-kata kotor dan makian merupakan satu perkara yang sangat tercela dan dilarang. Sesungguhnya segala sumber kata-kata kotor itu timbul daripada watak yang rendah dan jiwa yang hina.
Allah berfirman yang bermaksud: "Kecelakaan besarlah bagi tiap-tiap pencaci dan pengkeji." (al-Humazah:1)
Sabda Rasulullah saw bermaksud: “Sesiapa yang beriman kepada Allah dan hari akhirat, maka hendaklah dia berkata yang baik atau dia diam.” – (Hadis riwayat Bukhari dan Muslim).
Imam Ghazali ketika membicarakan mengenai dosa lidah boleh membinasakan seseorang dalam kitabnya Ehya’ ulum al- Din menyebut :
“Antara dosa lidah ialah : Menuturkan kata-kata yg keji (al-fuhsy), memaki (al-sab), dan menggunakan bahasa yang lucah (bazaah al-lisan). Perkara-perkara di atas adalah tercela, dilarang dan sumbernya adalah daripada sifat keji dan tercela.”
Imam Ghazali seterusnya membawa beberapa Hadis yang melarang umat Islam melakukan perbuatan-perbuatan yang keji itu. Antaranya Hadis-Hadis berikut yang bermaksud:
“Hendaklah kamu menjauhkan diri daripada menutur kata-kata yang keji, kerana Allah tidak suka kata-kata yang keji dan perbuatan menyebarkan kekejian” (al-Hakim dan Ibnu Hibban); “Kata-kata yang lucah dan perbuatan mendedahkan perkara yang tidak harus didedahkan itu adalah dua cabang daripada sifat-sifat munafik” (al-Tirmizi).
Menurut Timbalan Pengarah Bahagian Pengurusan Psikologi Jabatan Perkhidmatan Awam (JPA) Dr Abdul Jalil Hassan berkata, orang yang menuturkan perkataan ini adalah sebenarnya orang yang mahu menagih perhatian daripada masyarakat dan kurang kasih sayang.
Sumber
0 Komentar untuk "BETUL!!! Perkataan "Ale Uto" Merosakkan Pemikiran Kanak-Kanak Pewaris Masa Depan Negara"