Ingat lagi tak kontoversi foto Anzalna dan Izara Aishah dikomen lucah tempoh hari? Nampaknya, kali ini, pelakon popular, Maya Karin turut menerima nasib yg sama.
Akibat dari gambarnya berpakaian seksi ala cowboy girl, Maya Karin kena laser dengan peminat tersebar di laman sosial sebuah blog hiburan terkenal, berpusu-pusu komen melampau yg diterima.
Sepanjang pemerhatian kami, rata-rata yg memberikan komen tersebut dah tentulah dari pihak lelaki.
Kasihan pula kami pada Maya kerana turut disamakan dengan porn star.
Sejujurnya, kami tak faham kenapa ada manusia yg berfikiran kotor seperti ini. Kalau iyapun nak beri nasihat, rasanya boleh tulis baik-baik kot.
Kadang-kadang rasa seriau pula bila membaca komen yg diberikan. Bukan apa, sesetengah komen tu boleh disifatkan sebagai tak masuk akal dan boleh menjatuhkan maruah seseorang.
Apapun, kami harap Maya tak ambil hati. Adatlah jadi selebriti, tak semua orang akan suka kita. Betul tak? Nasihat kami, bersabarlah Maya.
0 Komentar untuk "AMEKAW!!! Maya Karin Kena Laser Dengan Peminat"