malaynews1. Powered by Blogger.

Panggung Wayang Khas Untuk Filem Ghairah Di Pakistan

Berpuluh-puluh lelaki akan memenuhi sebuah panggung di Pakistan untuk menonton filem lucah yg disajikan sebanyak tiga kali sehari.

Dikenali sebagai Shama, ramai tidak menyangka sebuah panggung wayang porno wujud di bandar ini, barat laut Pakistan.



Ia berikutan lokasi tersebut sebagai kubu kuat Taliban dan militan Al-Qaeda lain yg memperjuangkan pemerintahan Islam.

Namun, selama lebih 30 tahun, pawagam Shama terus beroperasi dengan menyajikan filem-filem lucah untuk keseronokan tontonan mereka.

Bimbang dikenali, pelanggan Shama akan menutup muka ketika mengunjungi panggung wayang itu yg tersepit di antara sebuah pasar kambing dan stesen bas.




Terdapat tiga tayangan filem porno yg dipaparkan di sebuah bilik gelap pawagam berkenaan manakala layar perak dewan utama pula dikhaskan untuk filem 'biasa'.

Pelanggan filem "klasifikasi X" itu perlu membayar wang 200 rupee (RM6.15) dan hanya dibenarkan masuk selepas mereka diperiksa seorang pengawal bersenjatakan raifal AK-47.

Kebanyakan penonton datang secara bersendirian dan mahu kekal demikian. Mereka akan memilih kerusi sesuai untuk mengelak daripada duduk bersebelahan penonton lain.

Formula tayangan filem lucah menjadikan Shama antara panggung wayang paling berjaya di Peshawar ketika banyak pawagam lain terpaksa gulung tikar.

Proses Islamisasi di Pakistan sekitar tahun 1980-an mendorong orang ramai meminggir layar perak kerana dianggap boleh merosakkan akhlak orang Islam.

Situasi itu yg ditambah dengan kebanjiran video, cakera video digital (DVD) dan internet, banyak menyumbang kepada penutupan panggung wayang di sini dengan kini hanya terdapat tujuh pawagam berbanding 15 premis itu, 20 tahun lalu.



Tiga daripadanya menayangkan filem lucah. Panggung Shama yg paling popular antara ketiga-tiga layar perak itu biasanya penuh dengan penonton walaupun tiket dijual tiga kali ganda melebihi harga tiket filem biasa.

Kunci kejayaan Sharma adalah tayangan filem lucah buatan tempatan yg sukar ditemui di sini atau di internet yg sarat dengan filem porno Barat.

 

0 Komentar untuk "Panggung Wayang Khas Untuk Filem Ghairah Di Pakistan"
Back To Top