malaynews1. Powered by Blogger.

OH ARTIS!!! Miera Liyana Sudah Minta Izin Ibu Untuk Lakon Adegan Bikini dan Adegan Melampau Dalam Filem..


 



Miera Liyana pelakon remaja berusia 21 Tahun pernah menimbulkan kontroversi pada kira-kira 4 tahun lalu apabila dia tampil dengan pakaian yg terlalu seksi di ABPBH 2010 yg menampakkan sebahagian payu da ranya. Namun Miera berkata ia telah sedar dan kontroversi itu merupakan satu pengajaran besar buatnya.



Bagaimanapun, menerusi filem terbaru lakonannya berjudul 'Dendam Orang Mati', Miera Liyana kemungkinan bakal berdepan dengan kritikan daripada segelintir penonton ekoran beberapa lakonan 'beraninya'. Antaranya babak di kolam renang yg memperlihatkan dia dalam keadaan berbikini serta adegan di atas katil bersama Fizz Fairuz



Mengulas mengenai perkara tersebut, Miera mengakui pada awalnya dia berat hati untuk melakonkan babak berkenaan. Namun selepas diyakinkan oleh pengarahnya Jason Chong, Miera menyahut cabaran tersebut.



"Mulanya saya berat hati nak lakukan babak itu. Iyalah, cukuplah dengan insiden baju dulu tu kan dan saya sebolehnya tak mahu lagi kontroversi. Tapi selepas diyakinkan oleh pengarah, saya ada kekuatan untuk melakukan babak tersebut. Misalnya untuk babak di kolam renang itu, pengarah beritahu saya yg babak itu dirakamkan dari jauh (wide shot). Hanya saya dan Fizz saja yg berada di kolam sementara pengarah dan kru-kru lain hanya melihat dari atas bumbung.



"Saya tak rasa diri saya dieksploitasi. Saya anggap ia satu cabaran dan sebagai pelakon saya hanya menjalankan tanggungjawab saya seperti yg dikehendaki pengarah dan skrip", katanya ketika ditemui pada majlis previu 'Dendam Orang Mati' bertempat di e@Curve, malam tadi.



Penerbit Eksekutif, Yusry Abdul Halim (paling kiri) bersama barisan pelakon 'Dendam Orang Mati'.Penerbit Eksekutif, Yusry Abdul Halim (paling kiri) bersama barisan pelakon 'Dendam Orang Mati'.



Dalam filem terbitan Kru Studios itu, Miera memengang watak sebagai Min, isteri kepada Shahrul lakonan Fizz. Ini juga merupakan lakonan pertama kali Miera sebagai isteri. Namun dia tidak mempunyai masalah bergandingan degan Fizz memandang sebelum ni mereka pernah beberapa kali bekerjasama.



Begitupun, untuk babak panas itu sebagai langkah berjaga-jaga, kata Miera, dia akan memaklumkan kepada ibunya yg juga merupakan pengurusnya sebelum memasuki set untuk adegan tersebut.



"Filem ini menjalani penggambaran dua tahun lalu, ketika saya berumur 19 tahun. Waktu itu saya masih baru dalam dunia lakonan. Dapat pula watak isteri, ia satu cabaran pada saya. Tapi saya tiada masalah berlakon dengan Fizz sebab kami pernah berkerjasama beberapakali sebelum ini. Lagipun saya dan Fizz sudah seperti adik dan abang.



"Sepanjang di set pun, saya akan menghubungi ibu dahulu sebelum melakonkan babak-babak 'daring' itu. Dan ibu selaku pengurus saya akan pastikan tiada adegan yg keterlaluan dari segi lakonan saya. Dan lakonan itu pun banyak dilakukan dengan teknik camera trick.



"Tapi apapun saya tak boleh menutup mulut orang. Untuk lakonan sebegitu, saya boleh katakan ia adalah lakonan paling 'daring saya dan biarlah ia jadi lakonan pertama dan terakhir saya untuk aksi seperti itu", katanya yg sudah bersedia dengan apa jua kritikan.



'Dendam Orang Mati' diterajui oleh Lisa Surihani yg memengang watak sebagai Lena. Filem ini mengisahkan misteri Lena yg tersedar dari koma selama dua tahun dan hilang ingatan akibat kemalangan. Keadaan bertambah mengelirukan apabila diperkenalkan kepada isteri baru Sharul, Min di falt lamanya di tingkat 4 yg kini menjadi tingkat 3A.



Lena mula mengesyaki sesuatu yg buruk berlaku di flat tersebut ekoran berlakunya beberapa kejadian aneh dan menyeramkan. Gangguan seram tersebut sekaligus memberi tekanan terhadap Lena yg terasa diabaikan oleh suaminya, Sharul yg berbelah bahagi antara isteri mudanya dan Lena.



Filem ini bakal menjengah seluruh pawagam tanah air mulai 23 Oktober 2014.




0 Komentar untuk "OH ARTIS!!! Miera Liyana Sudah Minta Izin Ibu Untuk Lakon Adegan Bikini dan Adegan Melampau Dalam Filem.."
Back To Top