BUTTERWORTH: Penyebaran rakaman aksi seks sepasang kanak-kanak yg
didakwa adik-beradik melalui telefon bimbit menggemparkan penduduk sekitar
bandar ini serta mencetuskan kebimbangan mengenai semakin parah keruntuhan
moral masyarakat negara ini.
Ini kerana usia pasangan terbabit masih terlalu muda. Budak lelaki terbabit dipercayai
berusia antara 11 dan 12 tahun manakala pasangan perempuan antara 13 dan 14 tahun.
Aksi berahi mereka dirakam dari pelbagai sudut dipercayai dalam bilik hotel atau motel
oleh pihak ketiga berdasarkan katil dan keadaan sekitar.
Kakitangan swasta dikenali sebagai Azman, 25, yg memperoleh video itu melalui
bluetooth daripada rakannya, berkata dia terkejut sebaik melihat aksi pasangan terbabit
kerana mereka terlalu muda dan dipercayai masih bersekolah.
“Budak lelaki itu seperti murid tahun lima atau enam manakala remaja perempuan
mungkin dalam tingkatan satu atau dua. Kemungkinan mereka adik-beradik kerana
fizikal remaja lelaki lebih kecil berbanding pasangannya.
“Saya menggeleng kepala sebaik melihat aksi mereka yg tidak ubah seperti orang
dewasa. Bayangkan apa akan jadi kepada mereka pada masa depan dan bagaimana
penerimaan ibu bapa mereka jika mengetahui perkara ini,” katanya, semalam.
Menurutnya, tindakan pasangan kanak-kanak itu menggambarkan keadaan moral
masyarakat yg semakin merosot dan keadaan ini yg menyumbang peningkatan
kes pembuangan bayi hasil hubungan luar nikah.
“Jika murid sekolah rendah sudah pandai beraksi lucah dan dirakam pihak lain,
bagaimana orang dewasa.“Apa akan jadi kepada moral masyarakat beberapa tahun
akan datang jika gejala penyebaran aksi seks melalui telefon bimbit semakin berleluasa,”
katanya.
Justeru, dia berharap pihak berkuasa segera melakukan sesuatu sebelum gejala
penyebaran aksi seks melalui telefon bimbit menjadi ‘wabak’ yg sukar dikawal.
0 Komentar untuk "KES BERAT Keruntuhan Moral Yang Makin Parah, Dua Beradik Bersetubuh"