malaynews1. Powered by Blogger.

INFO 7 Tips Menghadapi Harga Minyak Naik, Anda Perlu Tahu!! CONFIRM







Semalam baru sahaja diumumkan harga minyak naik 20sen bagi Ron 95. Melihatkan trend yg asyik menaik, adakah kemungkinan untuk ia semakin turun? Kesan domino harga minyak akan dirasai kelak apabila harga barang keperluan seperti makanan, pakaian dan rumah juga akan meningkat naik.

Untuk bersiap sedia dan demi kelansungan hidup, kita harus memikirkan langkah-langkah demi ketenangan sekeluarga terjamin.


Berikut adalah 7 Tips Menghadapi Harga Minyak Naik:



1. Mula catatkan pendapatan dan perbelanjaan


Dari catatan ini, kita dapat mengenal pasti berapa besar kesan kenaikan harga minyak dan barangan lain berbanding dahulu. Kita juga dapat mengenal pasti sama ada pendapatan bulanan dapat menampung perbelanjaan yg meningkat.


2. Kurangkan perbelanjaan di mana perlu


Dari catatan keluar masuk, anda boleh tahu di mana perbelanjaan boleh dikurangkan. Dari pengalaman kami, antara perkara yang paling hendak dibuang dari senarai perbelanjaan ialah – rokok, siaran televisyen berbayar, dan langganan suratkhabar dan majalah. Anda juga boleh berjimat dengan menukar pakej telefon dan internet kepada yg lebih murah.


3. Tambahkan pendapatan


Di dalam dunia teknologi sekarang ini, wang boleh didapati di hujung jari. Terdapat pelbagai pilihan untuk menambah pendapatan tanpa atau kurang modal. Antaranya adalah dengan menjual secara dropship, menjadi affiliate, menjadi ajen rumah, sewakan rumah secara sublet, perkhidmatan menggosok, perkhidmatan melipat baju – pilihan di tangan anda!


4. Mula menabung


Kami tidak bersetuju sekiranya anda menabung hanya sebagai kecemasan, sebaliknya mulalah menabung dengan tujuan membina modal untuk pelaburan. Beri tujuan khusus buat setiap tabungan anda, dan letakkan tabungan ke akaun yg susah hendak dikeluarkan.


5. Melabur untuk pendapatan pasif


Kudrat muda mungkin tidak bertahan sehingga tua. Adalah penting untuk kita memulakan pendapatan pasif agar kita sentiasa beroleh pendapatan sehingga tua. Paip-paip yg boleh dibina antaranya – melalui sewaan dari rumah sewa, dividen tahunan dari saham, menerima elaun bulanan dari syarikat (buat pemilik syarikat), royalti, aset internet dsbnya.


6. Tambah ilmu


Tambah ilmu dari sehari ke sehari, dengan pelbagai guru. Bila satu ilmu dikuasai, pelbagai benda dapat dibuat dengannya!


7. Bertindak


Bertindaklah dan jangan bertangguh. Yakin dan berdoalah kepada Allah. Jangan panggil diri sendiri miskin, kerana miskin itu hanya keadaan sementara. Keputusan untuk keluar dari kepompong kesusahan itu di tangan kita.

Beri masa 7 tahun, anda akan nampak perbezaannya.

0 Komentar untuk "INFO 7 Tips Menghadapi Harga Minyak Naik, Anda Perlu Tahu!! CONFIRM"
Back To Top