malaynews1. Powered by Blogger.

GOSIP Gara-gara foto lembu disembelih, Zizan Razak dimaki Mat Saleh!




KUALA LUMPUR: Pada sambutan Hari Raya Aidiladha yg lepas, pelakon dan pengacara Zizan Razak telah memuat naik sekeping foto dia sedang memegang sebilah parang dalam keadaan duduk di hadapan seekor lembu yg baru disembelih.

Foto tersebut yg dimuat naik di laman peribadi Instagram dan Twitter, bagaimanapun telah mendapat perhatian ramai rakyat asing berbangsa Inggeris.

Foto yg diambil Zizan di kampung halamannya di Dungun, Terengganu itu disertai dengan kapsyen,

“Alhamdulillah.. Bersyukur ke hadrat Ilahi. Dengan ini saya berjaya menunaikan ibadah qurban di kampung halaman.. #aidiladha #zizanbusy #qurban #terengganu”.

Malangnya rakyat asing yg tidak faham tentang ibadah Qurban dan tujuan lembu tersebut disembelih telah memaki pengacara Akademi Fantasia 2014 itu.

Kerana salah faham, kebanyakan daripada mereka menganggap Zizan telah menzalimi haiwan ternakan itu dan menuduh pelawak tersebut tidak berperikemanusiaan.

Tak kurang juga yg menganggap Zizan sebagai pembunuh.

Bagaimanapun, beberapa pengikut Zizan di laman sosial telah bertindak menerangkan perkara sebenar dan cuba menjernihkan keadaan.

Namun, ia menjadi perbalahan apabila mereka (rakyat asing) tidak menerima alasan dan penjelasan yg telah diberikan walaupun ia sudah dijelaskan dengan terperinci.

Bagi Astro Gempak pula, rakyat asing atau orang Inggeris yg memaki hamun Zizan itu tidak tahu mengenai ibadah Qurban yg dijalani umat Islam.

Mungkin juga foto tersebut dianggap terlalu ngeri untuk dipertontonkan dan dikongsi kepada umum?

Tahniah kepada pengikut-pengikut Zizan di Instagram kerana berusaha untuk menjelaskan perkara sebenar.

Ada juga peminat Zizan yg memintanya membuang gambar tersebut kerana salah faham yg berlaku dan kontroversi yg tercetus.

Setakat ini, foto yg dimuatnaik Zizan pada enam hari lepas itu telah mendapat lebih 47 ribu 'like' dengan 1,800 komen. -Astro Gempak

 

0 Komentar untuk "GOSIP Gara-gara foto lembu disembelih, Zizan Razak dimaki Mat Saleh!"
Back To Top