malaynews1. Powered by Blogger.

GEMPAR Penjawat Awam Dicekup Khalwat



IPOH – Dua penjawat awam ditangkap khalwat ketika sedang berdua-duaan dalam sebuah rumah di taman perumahan dekat Tasek, di sini, tengah malam, semalam.

Menurut sumber, Penguat kuasa Jabatan Agama Islam Perak (Jaipk) menahan kedua-dua individu berusia lewat 20-an yg bekerja di jabatan sama itu pada kira-kira jam 12 malam.

Katanya, tangkapan tersebut dibuat setelah Jaipk mendapat maklumat daripada orang awam bahawa kedua-dua mereka berada dalam keadaan meragukan di kediaman itu.

Ketika diperiksa, didapati kedua-duanya berpakaian lengkap, namun gagal menunjukkan sebarang dokumen yg mengesahkan mereka mempunyai hubungan mahram atau suami isteri.

“Tiada alasan diberikan bagaimana mereka berada di rumah berkenaan, namun siasatan masih dijalankan dan kita akan panggil kedua-duanya untuk merakam percakapan dalam masa terdekat,” katanya.

Pasangan itu disiasat di bawah Seksyen 54 (1) dan (2) Enakmen Jenayah Syariah Perak 1992.
0 Komentar untuk "GEMPAR Penjawat Awam Dicekup Khalwat "
Back To Top