malaynews1. Powered by Blogger.

GEMPAR Luahan Hati Bila Bekas Isteri Suami Ambil Kesempatan






Saya wanita berkerjaya yg mempunyai seorang cahaya mata hasil perkahwinan dengan duda dua anak.

Masalah saya bermula dengan perbuatan bekas isteri suami yg kerap mengganggu hubungan rumah tangga kami menggunakan alasan anaknya.

Sikap penyayang suami membuatkan bekas isteri mengambil kesempatan. Memang suami tidak pernah gagal melunaskan nafkah bulanan tetapi setiap minggu bekas isteri meminta suami me­ngambil anaknya dan saya menjaga mereka.

Setiap kali anak tiri bersama, suami langsung tidak melayan saya. Selain itu, bekas isteri sering meminta wang lebih dan suami kerap melebihkan anak tiri berbanding saya dan anak saya.

Suami sering kesempitan wang dan membuatkan saya menanggung lebih banyak hutang. Apabila­ saya suarakan perkara ini, kami bergaduh. Perkara ini membuatkan saya membenci anak tiri.

Saya tidak mahu menjadi isteri derhaka, apakah harus saya lakukan? Bagaimanakah harus saya menerima kehadiran anak tiri dan haruskah saya terus memendam rasa?

Idah
Petaling Jaya, Selangor



Anggaplah masalah yg dihadapi sebagai cabaran hidup yang perlu dihadapi. Janganlah meletakkan masalah itu datang daripada makhluk, hakikatnya semua masalah dan ujian adalah daripada Allah SWT dan Dia juga yang memimpin menyelesaikannya.

Firman Allah SWT bermaksud: “Tidak ada kesusahan (atau bala bencana) yang menimpa (seseorang) melainkan dengan izin Allah; dan sesiapa yang beriman kepada Allah, Allah akan memimpin hatinya (untuk menerima apa yang berlaku itu dengan tenang dan sabar); dan (ingatlah), Allah Maha Mengetahui akan tiap-tiap sesuatu. (surah at-Taghabun, ayat 11)

Apa yang penting dalam hubungan dengan suami hendaklah ditaati, dengan anak tiri hendaklah dipelihara dengan baik selagi semuanya menepati syariat Islam.

Berikan bantuan dalam memelihara rumah tangga dan jadikan semua amalan yang ikhlas dan sabar untuk dihadapkan di hadapan Allah SWT di akhirat nanti. Laksanakan tanggungjawab ini dengan sedaya upaya dan berterus-terang.

Berikan cadangan penyelesaian yang adil kepada suami, bekas isteri dan anak. Hakikatnya kita tidak boleh merubah hati mereka bahkan kita yang perlu merubah diri kita untuk menerima hakikat dan berusaha ke arah yang lebih baik.

Firman Allah SWT bermaksud, “Sesungguhnya Allah tidak me­ngubah apa yang ada pada sesuatu kaum sehingga mereka mengubah apa yang ada pada diri mereka sendiri.”. (surah ar-Rad, ayat 11)

Mengubah diri dengan ba­nyakkan berdoa, bertawakal, menambah ilmu, melakukan kebajikan, menjauhkan hasad dengki dan buruk sangka. Insya-Allah puan akan lebih tenang dan ba­hagia.

 

0 Komentar untuk "GEMPAR Luahan Hati Bila Bekas Isteri Suami Ambil Kesempatan"
Back To Top