Teruknya kehidupan selebriti bernama Abby Abadi ini seringkali menjadi perhatian peminat industri hiburan tanah air. Apa saja yg dimuat naik dilaman sosial pasti akan menjadi bualan.
Mana taknya, baru je kami nak keluar lunch, kami dapat kiriman emel mengenai berita sensasi yg mengatakan pengikut Instagram ibu tunggal ini menginginkan dia bersatu kembali dengan bekas suami.
Bekas suami yang mana satu? Hehe, dah tentulah Norman Hakim. Pelik tapi benar. Itulah yg menjadi persoalan dalam hati kami hingga kini.
Kalau korang nak tahu, Abby ada memuat naik screenshot perbualannya bersama Norman Hakim tau. Sebenarnya dalam perbualan tersebut, Norman memberikan nasihat dan semangat buat Abby.
Iyalah, ketika ini kan Abby berdepan dengan pelbagai dugaan, termasuklah kes bekas suaminya, Farhan. Jadi, kami rasa sebagai bapa kepada anak-anak Abby, mungkin Norman rasa bertanggungjawab memberikan kata-kata semangat.
Tetapi, nampaknya pengikut Abby seronok melihat foto tersebut hingga ada yg mendoakan Norman dan Abby kembali bersama. Ayyooo..bukannya kami tak setuju, tapi apa pula kata Memey Suhaiza nanti?
Setahu kami, hubungan Abby dan Norman sekeluarga memang baik. Malah, anak Norman dan Memey pun rapat dengan anak Abby tau.
Tetapi, tak nak lah nanti dek kerana kita sebagai peminat yg tak menjaga sensitiviti, mereka pula yang bermasam muka.
Ya, kami faham sebagai peminat, pasti kita menginginkan yg terbaik buat selebriti pujaan. Tapi, jangan sampai ada yg terluka.
Cewah! Apapun kami yakin Norman dan Memey chill je. Abby pula pasti tau apa yg terbaik buat dirinya. Betul tak?
0 Komentar untuk "Gambar Oldskool Abby Abadi Dan Screenshot Perbualan "CO CUWEET" Bersama Bekas Suami"