malaynews1. Powered by Blogger.

Che Ta Sedih Isu Anak Baru


Pelakon Rozita Che Wan berkata tajaan bersalin untuknya oleh sebuah hospital di Ampang tidak melibatkan kos bernilai ratusan ribu ringgit dan ia sepatutnya tidak disensasikan.



Rozita atau lebih mesra dengan panggilan Che Ta, 41, berkata, tawaran itu diterinya kerana menganggap ia adalah rezeki yg sudah ditentukan Allah untuk anak yg dikandungnya.


Apa saya boleh cakap, saya sentiasa bersyukur terhadap rezeki anak yg saya kandung. Saya tidak tahu mengapa orang mempertikaikannya kerana kos yg ditaja itu tidak terlalu tinggi ataupun melibatkan nilai ratusan ribu ringgit.

Saya percaya pihak hospital itu juga mempunyai cara mereka untuk membantu pesakit-pesakit lain yg memerlukan tetapi dengan cara berbeza, ujarnya kepada mStar Online pada Jumaat.

Rozita berkata demikian ketika diminta mengulas kritikan banyak pihak yg tidak berpuas hati selepas sebuah hospital swastya di Ampang dekat sini menawarkan pakej bersalin kelas pertama kepadanya.

Komen-komen di media sosial turut mempertikaikan kredibiliti hospital berkenaan yg seharusnya memberi tumpuan dalam membantu golongan yg lebih memerlukan.
Sementara itu, Rozita berkata, ia bukan satu-satunya tajaan yg diterima sepanjang sembilan bulan mengandung anak pertamanya hasil perkahwinan dengan pelakon Zain Saidin.

Katanya, terlalu banyak tajaan sehingga pihak pengurusaannya terpaksa memilih yg sesuai dan terbaik.


Terlalu banyak tajaan yg datang sampai tidak larat nak terima sehingga pihak pengurusan terpaksa buat pilihan yg terbaik, namun saya faham ia sebagai promosi untuk mereka juga.

Jadi kalau boleh memang saya ingin bantu mana yg termampu dan tidak tahu pula boleh timbul isu lain seperti ini, ujarnya.

Dalam pada itu, Rozita berkata dia kini sudah menghentikan semua aktiviti harian bagi menunggu kelahiran anaknya pada bila-bila masa dalam tempoh dua minggu ini.

Sementara itu pihak hospital berkenaan yg dihubungi enggan memberi penjelasan berhubung isu itu sebaliknya akan mengeluarkan kenyataan dalam masa terdekat

 

0 Komentar untuk "Che Ta Sedih Isu Anak Baru"
Back To Top