Panduan Suami Isteri. Biasanya orang akan minum ubat tahan sakit ketika sakit kepala menyerang. Tapi kini ada penyelesaian yg lebih menyenangkan untuk menghilangkan sakit kepala iaitu dengan melakukan hubungan seks.
Para ahli mengatakan hubungan seks yg baik boleh memberikan manfaat bagi kesihatan, seperti kelihatan lebih muda, mengelak dari sakit jantung, mengurangkan risiko diabetes, meningkatkan ikatan dengan pasangan serta menghilangkan sakit kepala.
Hal ini kerana ketika seseorang mencapai orgasme maka tubuh menghasilkan ubat penghilang rasa sakit alami seperti oksitosin dan endorfin, serta bahan kimia serotonin yg boleh mengurangkan stres, seperti dikutip dari News.com.au (17/11/2011).
Endorfin merupakan bahan kimia seperti opiat yg dikeluarkan oleh tubuh. Endorfin ini berkaitan dengan perasaan seperti perasaan positif dan bahagia, dan menyimpan mesej untuk mengurangkan rasa sakit ke otak.
Tidak seperti ubat penghilang rasa sakit yg boleh memakan masa hingga 15 minit untuk bekerja, pada bahan kimia semulajadi yg ada di dalam tubuh, endorfin ini boleh segera bekerja dan menghilangkan sakit kepala.
Selain itu berdasarkan kajian dalam laporan jurnal Headache menunjukkan bahawa neurotransmitter serotonin yang dilepaskan semasa seks, mencipta semua sensasi yg membuat orang merasa baik.
Manfaat lain yang boleh didapati seseorang jika berjaya mencapai orgasme adalah turut membakar kalori di dalam tubuh dan membantu mengurangkan keinginan untuk makan. Kerana semasa orgasme tubuh mengeluarkan phenetylamine yg berperanan penting dalam menguruskan selera makan seseorang.
Serta keringat yg keluar ketika berhubungan seks turut membantu mengeluarkan segala bentuk kotoran dan racun dari dalam tubuh, sehingga membantu menjaga kulit tetap bersih dan cerah.
0 Komentar untuk "BUKAN 18SX Lakukan Hubungan Intim Jika Anda Sakit Kepala!"