Kuala Lumpur: Tidak hanya diacu pistol malah seorang lelaki turut dibogelkan
oleh sekumpulan empat perompak yg muncul dengan memakai topeng watak
animasi Ultraman.
Suspek membabitkan tiga lelaki dan seorang wanita sebelum itu bertindak menceroboh
kediaman mangsa di Brickfields, di sini, sekitar jam 4 pagi kelmarin.
Sumber polis berkata, mangsa berusia 30-an yg ketika itu berada di ruang tamu

terkejut apabila diserang suspek bertopeng yg menyerbu masuk melalui pintu
hadapan kediaman.
Menurutnya, suspek mengacukan pistol dan mengarahkan mangsa berdiam diri.
"Mangsa yg sebelum itu sedang melayari Internet dipaksa memindahkan wang

tunai ke dalam akaun diberikan suspek.
"Bagaimanapun mangsa enggan akur dengan arahan itu menyebabkan suspek yg

berang mengarahkan mangsa membuka baju dan seluar," katanya.
Menurutnya, suspek kemudian merakam gambar dan video bogel mangsa.
"Penjenayah mengugut menyebar video itu ke laman sesawang jika mangsa terus

berdegil enggan menyerahkan wang diminta.
"Suspek memberi tempoh sehingga jam 7 pagi kepada mangsa supaya memindahkan

wang diminta ke dalam akaun bank suspek," katanya.
Difahamkan suspek terus beredar dari kediaman itu tanpa mencederakan mangsa.
"Bimbang dengan kejadian itu, mangsa tampil membuat laporan polis di Balai Polis

Brickfields di sini, untuk tindakan lanjut," katanya.
0 Komentar untuk "BAHANA!!! Dibogel 'Ultraman'"