malaynews1. Powered by Blogger.

ARTIS Respon Tauke Jambu Kontroversi 2 Gambar Peluk Wanita Di Kelab Malam




Semalam, dua keping gambar pelawak Tauke Jambu memeluk seorang wanita seksi 

di kelab malam telah tersebar secara meluas di laman sosial dan blog hiburan.



Susulan itu, Tauke dikecam teruk peminat sehingga dirinya dilabel sebagai kaki 

perempuan. Lebih teruk, gambar daring tersebut turut dikaitkan sebagai punca 

penceraiannya dengan bekas isteri beberapa tahun lalu.



Bagaimanapun, Tauke yg dihubungi portal ohbulan sebentar tadi memberitahu 

dua keping gambar yg tersebar itu adalah gambar lama sewaktu beliau masih aktif 

pergi ke kelab malam.



"Sebenarnya gambar itu gambar lama. Dah pernah keluar pun sebelum ini dalam

 internet, cuma kali ini lebih kecoh apabila masuk dalam banyak blog hiburan.



Saya akui memang saya ada di kelab tersebut bersama kawan-kawan selepas selesai 

sesi penggambaran. Tetapi, saya tidak kenal pun siapa wanita itu dan dia yg minta 

saya peluk.



Saya cuma menjaga hati peminat apabila meminta untuk bergambar bersama saya.

Jadi, saya rasa saya perlu lebih berhati-hatilah selepas ini supaya perkara ini tidak 

terjadi lagi.”







Dalam pada itu, Tauke mengakui sering ke kelab malam pada masa dulu namun 

menafikan tabiat tersebut sebagai punca perpisahan dengan bekas isteri. Katanya,

jodoh itu ketentuan Allah dan tiada siapa tahu berapa lama ia bertahan.



"Dulu memang saya kerap ke kelab malam, tapi sekarang saya dah tak pergi langsung. 

Malah, agak tidak wajar jika ada pihak yg mahu mengaitkan perkara ini kes perceraian

saya kerana isteri saya dulu memang akan sentiasa bersama saya 24 jam, saya pergi 

mana-mana pun akan ada dia.


Tapi nak buat macamana, jodoh itu ketentuan Allah SWT. Takpelah, bagi saya benda

yang dah lepas tu, biarlah lepas. Namun, saya juga tak nafikan yg kita tak boleh tutup

mulut orang. Bukan semua orang suka pada kita kan?”

Penulis harap kontroversi ini tidak lagi diperbesarkan kerana setiap manusia melakukan

kesilapan. Paling penting kita terus sokong industri lawak negara.





 

0 Komentar untuk "ARTIS Respon Tauke Jambu Kontroversi 2 Gambar Peluk Wanita Di Kelab Malam"
Back To Top