"Tak Adalah Seksi Mana Pun" - Iqa Mentor - Selepas sehari berlangsungnya Media Hiburan Splash Party, peminat setia hiburan tanah air dikejutkan dengan berita sebuah laman web hiburan yg menyiarkan gambar 'basah' Iqa Mentor. Gambar ini mencetuskan pelbagai tanggapan negatif daripada peminat-peminatnya. Lantas MH mendapat penjelasan daripada empunya diri berhubung perkara ini.
"Saya tidak sedar pakaian yg saya pakai menampakkan pakaian dalam. Mujur tak nampak 'benda' yg tak sepatutnya. Lagipun ia tak adalah seksi manapun kerana pakaian yg saya pakai sesuai dengan tempat dan tema parti ini berlangsung.
"Namapun parti basah, memanglah sepatutnya basah. Kalau ada yg beranggapan saya seksi atau melampau saya minta maaf dan akan lebih berhati-hati selepas ini," jelas Iqa yg ditemu bual di sebuah majlis hiburan.
0 Komentar untuk "ARTIS "Tak Adalah Seksi Mana Pun" - Iqa Mentor"