malaynews1. Powered by Blogger.

WOW !!! KUMARIS: Gadis Jelmaan Dewi di Nepal..

Didunia ini mempunyai banyak perkara-perkara unik yg lahir daripada kepelbagaian budaya yang diwarisi dari turun temurun.. Seperti adat masyarakat Nepal yg tergolong sangat unik. Ada seorang gadis yg selalu duduk di kuil, menunggu pengunjung datang kemudian dipuja dan mendapat banyak sumbangan. Gadis tersebut dianggap oleh masyarakat tempatan sebagai jelmaan Dewi..






Gadis tersebut digelar sebagai Kumaris, yg bermakna virgin. Kumaris dilantik ketika gadis tersebut masih kecil, dimana terdapat 32 ujian yg perlu dilalui sehingga akhirnya seorang gadis boleh menjadi Kumaris, yg dianggap sebagai Dewi Kali. Seorang Kumaris akan menghabiskan sebahagian besar waktunya di kuil. Dia tidak dibenarkan untuk muncul di muka umum kecuali apabila perlu menghadiri upacara adat.






Kumaris menerima pujaan dari penganut sebuah agama di Nepal, kerana diyakini mampu melindungi mereka dari kejahatan. Ketika menjadi Kumaris, seorang gadis harus menahan diri untuk bermain dengan rakan dan bahkan tidak dibenarkan ke sekolah. Seorang Kumaris menerima biasiswa dari kerajaan tempatan untuk menuntut ilmu di rumah dan diajar oleh seorang guru yg ditugaskan. 







Samita Bajracharya, salah seorang gadis yg akan menamatkan masanya sebagai Kumaris, selalu digendong ke mana-mana dia pergi, kerana dianggap sebagai penjelmaan Dewi yg dihormati. Kumaris tidak dibenarkan berjalan dengan kakinya sendiri. Bahkan untuk memakai pakaian pun harus dipakaikan oleh keluarganya. Ketika Samita mulai memasuki masa pubertas atau haid pertamanya, saat itulah Samita akan menanggalkan takhta sebagai seorang Kumaris. 






Sebelum benar-benar berhenti menjadi Kumaris, Samita harus melalui 12 hari upacara adat yg disebut Gufta, di mana pada hari terakhir dengan dibantu ibunya, Samita membuka ikatan pada rambutnya. Dan dengan tangannya sendiri membasuh mata ketiga yg disematkan pada dahinya dengan air sungai Bagmati.












Kerana seorang Kumaris dianggap sangat istimewa dan tidak boleh berjalan sendiri, akhirnya ketika berhenti sebagai Kumaris, kakinya masih sangat lemah untuk menampung tubuhnya.


0 Komentar untuk "WOW !!! KUMARIS: Gadis Jelmaan Dewi di Nepal.."
Back To Top