malaynews1. Powered by Blogger.

SEMASA Ustaz Don Bakal Jadi Penerbit Komik Dan Animasi

 Kelebihannya bukan hanya berdakwah, tetapi beliau juga sebenarnya berbakat dalam penghasilan dan penerbitan komik. Meskipun dia seorang graduan lulusan Universiti Al-Azhar, Kaherah, Mesir, namun minat yg tinggi mengatasi segala-galanya.





Ustaz Don Bakal Jadi Penerbit Komik Dan Animasi, info, terkini, hiburan, berita,




"Saya fikir jika orang lain mempunyai idea dan cerita untuk diketengahkan, mengapa tidak saya. Saya juga punya cerita tersendiri yg boleh dikongsi bersama.

"Bagaimanapun, kerana cabaran mendapatkan pelukis membuatkan saya terpaksa menanti selama tujuh tahun untuk merealisasikan impian ini.

"Alhamdulillah, akhirnya tahun lalu saya berjaya berjumpa dengan pelukis yg sudi membantu saya," ujarnya yg bakal menerbitkan komik yg diberi judul Don Nation berbentuk E-Book dan cetakan dalam masa terdekat.

Selain komik, beliau juga akan memperkenalkan siri animasi baru, iaitu Tadika Ustaz Don yg masih dalam proses pembikinan.





Ustaz Don Bakal Jadi Penerbit Komik Dan Animasi, info, terkini, hiburan, berita,




Tambah Ustaz Don, dia sebenarnya sudah lama ingin menghasilkan komik dan ia sudah diimpinya sejak di sekolah menengah lagi.

Menjawab soalan mengenai kehadiran terlalu ramai pendakwah muda yg kemungkinan memberi persaingan hebat padanya, dengan tenang beliau menjawab, lebih ramai pendakwah adalah lebih bagus.

"Ini adalah benda yg betul, kita bukan nak ada Ustaz Don sahaja. Kita nak ramai orang lagi.

"Seperti TV AlHijrah, bukan stesen ini sahaja yg layak menyiarkan program-program Islamik sebaliknya semua televisyen pun layak.

"Ia tidak menjadi masalah, lagipun TV Islam bukan pada nama tetapi pada bahan dan program yg disampaikan kepada penonton," ujarnya dipetik sebagai berkata ketika ditemui media di majlis mari beraya bersama Ustaz Don anjuran syarikat telekomunikasi Digi baru-baru ini.

Dalam majlis itu, DiGi Telecommunications Sdn Bhd (DiGi) telah menyampaikan hadiah berupa wang tunai kepada 13 pemenang peraduan Duit Raya RM1,000 yg telah diadakan dari 29 Jun sehingga 24 Ogos 2014 lalu. Pelanggan-pelanggan setia Digi menerima ganjaran itu setelah melanggan kandungan mudah alih musim perayaan DiGi.





Ustaz Don Bakal Jadi Penerbit Komik Dan Animasi, info, terkini, hiburan, berita,




Hadiah berkenaan telah disampaikan oleh Roziyati Abd Rahman, Ketua Pengurusan Kempen DiGi. Selain hadiah, pelanggan dan 30 orang anak-anak yatim dan wakil dari Rumah Anak Cahaya Tengku Ampuan Rahimah (RACTAR) turut berpeluang menemui dan menyertai tazkirah yg disampaikan oleh Ustaz Don.


0 Komentar untuk "SEMASA Ustaz Don Bakal Jadi Penerbit Komik Dan Animasi"
Back To Top