"Saya dengan pihak Jabatan Agama Islam Selangor (Jais) siap bergurau senda lagi di dalam rumah, tapi orang luar buat cerita macam saya jual dadah," Ujar Pengarah muzik terkenal Datuk Ramli Mohamed Salleh atau Ramli MS.
Dalam laporan sebuah portal hari ini, beliau dikatakan menempelak media dan semua pihak yg bercerita mengenai perkahwinan rahsianya bersama penyanyi Alyah yg diadakan di Batam Indonesia kira-kira setahun lalu.
Menurutnya, kontroversi tersebut terlalu diperbesarkan seolah-olah beliau melakukan kesalahan serius seperti mengedar dadah.
"Kamu semua ingat... macamlah saya jual pil kuda atau ekstasi. Sedangkan kami (Ramli dan pihak Jais) siap bergurau senda lagi di dalam rumah. Macam pihak polis buat sekatan jalan. Mereka tahan, bertanya dan kemudian kita jalan," katanya.
Kontroversi pernikahan Ramli dengan Alyah atau nama sebenarnya Noor Hasilah Hassan, 33, tersebar selepas rahsia itu terbongkar apabila sekumpulan pegawai penguatkuasa, Jais membuat serbuan di rumah mereka di Bandar Kinrara, Puchong kira-kira pukul 7.30 pagi, Khamis lalu.
Sewaktu serbuan, Alyah dikatakan berada di banglo berkenaan ketika pegawai Jais datang menyiasat.
Mitsubishi milik Alyah turut berada di kediaman itu.
Pekerja kontraktor yg mengubah suai banglo juga memaklumkan pasangan itu kerap dilihat bersama.
Menurut sumber Jais, pasangan itu sudah berkahwin sejak setahun lebih lalu.
Katanya, pasangan itu akan ke Jais dalam masa terdekat untuk memberikan kenyataan serta bukti perkahwinan bagi tujuan pendaftaran.
Difahamkan pasangan itu bernikah di Batam, Indonesia tetapi belum mendaftar perkahwinan mereka di negara ini.
Tambahnya lagi, dia mempunyai sebab yg tersendiri untuk merahsiakan perkahwinannya bersama Alyah.
"Dah setahun kami kahwin, tentu ada sebabnya kami rahsiakan perkara ini. Kenapa kamu semua nak sibuk? Ini adalah hak mutlak asasi saya," jelasnya.
0 Komentar untuk "Ramli MS: Saya bukan jual dadah!"