malaynews1. Powered by Blogger.

GOSIP "Abby Abadi Yang Enggan Menerima Bayaran Sebahagian Daripada Hutang Saya" - Bekas Suami


Tinggal kenangan...Saat bahagia Abby dan Muhammad Noor Farhan.



Sebelum ini Abby Abadi mendakwa bekas suaminya Muhammad Noor Farhan ada meminjam wangnya yg berjumlah puluhan ribu ringgit dan masih belum di langsaikan sehinggakan Abby telah membuat satu laporan Polis ke atas Muhammad Noor Farhan berikutan sikap lepas tangan bekas suaminya itu. Bercakap kepada mStar Online, Muhammad Noor Farhan menafikan dia bersikap lepas tangan berkenaan hutangnya kepada Abby Abadi, sebaliknya dia pernah cuba untuk membayar sebahagian daripada wang itu namun ditolak oleh bekas isterinya itu. Baca jawapan balas Muhammad Noor Farhan berkenaan hutang dan soal hak milik kereta dia dengan Abby Abadi di bawah.






PETALING JAYA: Bekas suami kepada artis Abby Abadi iaitu Muhammad Noor Farhan Che Bakar mendedahkan dia pernah cuba untuk menjelaskan sebahagian hutangnya namun ditolak wanita itu.



Muhammad Noor Farhan, 24, berkata, Abby enggan menerima wang berkenaan iaitu sebanyak RM5,000 kerana tidak bersetuju dengan jumlah tersebut sebaliknya menuntut dia melangsaikan semua hutang berkenaan sekali gus.



"Saya pernah minta untuk bayar sebahagian wang berkenaan tetapi dia enggan menerimanya dengan alasan jumlahnya terlalu sedikit. Saya benar-benar kesal dengan sikapnya itu," katanya kepada mStar Online yg dihubungi menerusi pesanan mesej aplikasi WhatsApp di sini pada Isnin.



Muhammad Noor Farhan bagaimanapun enggan mendedahkan jumlah sebenar hutangnya terhadap pelakon itu.




Abby mendakwa bekas suaminya meminjam wangnya yang berjumlah puluhan ribu ringgit.





Terdahulu, Abby dalam sebuah laporan akhbar mendedahkan, dia telah membuat satu laporan polis terhadap Muhammad Noor Farhan berikutan sikap lepas tangan bekas suaminya dalam soal hak milik kereta dan wang.



Dakwa Abby, Muhammad Noor Farhan telah meminjam wangnya dipercayai berjumlah puluhan ribu ringgit bagi membeli sebuah kereta untuk adik pemuda itu.



Dalam pada itu, Muhammad Noor Farhan berkata, tuduhan Abby adalah bersifat untuk mengaibkannya sedangkan jumlah hutang berkenaan tidak mencecah puluhan ribu ringgit.



"Tidaklah sampai berpuluh ribu ringgit dan saya bukannya anak orang kaya sehingga sanggup berhutang dengan jumlah yg banyak tambahan pula gaji saya tidak tetap. Dakwaannya itu sengaja untuk merosakkan reputasi dan memalukan saya," katanya.



Sementara itu, Muhammad Noor Farhan berkata, dia masih mampu bersabar dengan segala tuduhan dilemparkan Abby dan tidak mahu terlalu mengikut kata hati sebelum membuat sesuatu tindakan.



Malah seboleh-bolehnya dia mahu mempertahankan diri daripada terus difitnah namun tidak mengetahui saluran yg betul untuk berbuat demikian.



"Saya masih bersabar dengan segala tindakannya kerana memikirkan dia mempunyai anak-anak dan saya tidak mahu mengeruhkan lagi keadaan.



"Hendak melawan semula saya tidak tahu untuk pergi ke saluran mana tambahan pula faktor kewangan yg terhad," katanya.



Abby atau atau nama sebenarnya Arbaiyah Abd Manan, 37, dan Muhammad Noor Farhan bernikah pada 9 Julai 2013 di Selatan Thailand.



Pasangan itu disahkan bercerai pada 9 Mei lalu.



 
0 Komentar untuk "GOSIP "Abby Abadi Yang Enggan Menerima Bayaran Sebahagian Daripada Hutang Saya" - Bekas Suami"
Back To Top