Seorang wanita telah mengaku menikam seorang ibu yg hamil lapan bulan sebelum membelah perut mangsa untuk mencuri anak dalam kandungannya.
Maria Rodriguez, 29, yg berasal dari wilayah Tepic, memberitahu polis, dia mengambil keputusan membunuh Nadia Avila dan mencuri bayi yg dikandungnya selepas menipu keluarganya bahawa dia hamil.
Menurut pihak polis lagi, dia kini berdepan dengan tuduhan membunuh bayi berkenaan dan ibunya.
“Apabila saya menekup mulutnya, dia menggigit saya. Saya mengikat tangannya ke belakang untuk mempertahankan diri. Tetapi, ketika itu saya belum membunuhnya.
“Dia menjerit, meminta saya membiarkannya. Saya memukulnya lagi hingga dia pengsan,"ujarnya lagi .
“Kemudian saya melondehkan seluarnya dan menikam perutnya. Dia bergerak sedikit. Saya membelah perutnya dan mengambil anak itu secepat mungkin kerana tidak mahu dia mati .
“Tetapi saya telah gagal mengambil bayi berkenaan. Saya melakukannya secara paksa dan ianya berjaya tetapi dia mati setelah dikeluarkan ,” Ujar Maria.
Maria turut memberitahu polis, dia terlalu inginkan bayi, tetapi tidak tahu untuk memberitahu keluarganya yg dia tidak hamil.
“Sebelum ini haid saya lewat dan keputusannya negatif. Saya begitu perlukan anak dan semua anggota keluarga menyangka saya hamil. Tetapi saya hanya memperdayakan mereka dan akhirnya, tidak tahu untuk memberitahu keadaan sebenar.
“Tetapi, apabila melihat Nadia yg sarat mengandung, terlintas di hati saya, inilah peluang saya. Saya tidak mengenalinya langsung dan hanya dua kali melihatnya. “Saya memutuskan untuk mencuri kandungannya,” ujar Maria lagi .
Dia telah ditangkap selepas memanggil pasukan perubatan untuk membawa mayat bayi yg dikeluarkannya dari perut mangsa supaya boleh memberitahu keluarganya bahawa dia keguguran.
“Walau bagaimanapun, pasukan perubatan mula mengesyaki sesuatu apabila wanita itu tidak membenarkan mereka memasuki rumahnya,” kata jurucakap polis.
Maria melarikan diri apabila pasukan perubatan mendesak untuk memeriksanya.
Bagaimanapun, dia telah berjaya dikesan dan ditahan selepas suami Nadia, Juan Hernandez membuat laporan mengenai kehilangan isterinya.
0 Komentar untuk "GEMPAR !! Wanita Sanggup Belah Perut Ibu Mengandung Untuk Curi Bayi !!"