Seorang kerani bank hari ini dipenjara setahun oleh Mahkamah Majistret Ampang di sini selepas didapati bersalah menyimbah minyak petrol di hadapan rumah jiran bekas teman lelakinya.
Majistret Noor Farah Hazwani Osman menjatuhkan hukuman itu terhadap Nor Melati Hassan, 47, selepas mendapati pihak pembelaan gagal membuktikan kes melampaui keraguan munasabah di akhir kes pembelaan.
Mahkamah juga menjatuhkan hukuman penjara tiga bulan terhadap wanita itu kerana gagal menunjukkn kad pengenalan dan memerintahkannya menjalani kedua-dua hukuman penjara itu secara serentak bermula hari ini.
Dia didakwa melakukan khianat dngan menyimbah minyak petrol di hadapan rumah milik Amar Amjad Mohd. Basari, 30, di Permai Court 1, Taman Dato Ahmad Razali Ampang di sini pada 2 pagi, 13 November 2012.
Dia didakwa mengikut Seksyen 427 Kanun Keseksaan yg membawa hukuman penjara maksimum dua tahun atau denda atau kedua-duanya. – BERNAMA
0 Komentar untuk "BERITA Wanita Dipenjara Simbah Minyak Petrol Di Rumah Jiran"