Awal tahun ini, bercakap kepada para media Yana Samsudin ada memberitahu yg beliau akan cuba membuka hati untuk berkahwin pada tahun ini dan memasuki September maka perlulah kami sebagai ‘kaki sibuk jaga tepi kain orang’ bertanyakan status terkini.
“Memang saya ada beritahu wartawan kalau boleh saya mahu kahwin tahun ini tetapi sekarang bulan sembilan, tiada tanda tanda lagi maksudnya tiada apa apa yg berlaku sama ada kenduri kahwin ke, kenduri tunang pun tiada lagi,” jawab Yana Samsudin.
Apabila diajukan soalan tentang teman tapi mesranya Fadzil Zahari, Yana Samsudin berkata yg soal kahwin perlu diajukan sendiri kepada empunya badan namun tidak menolak jodoh bersama adik Farid Kamil itu kerana sudah lama mengenali jejaka itu.
0 Komentar untuk "ARTIS Yana Samsudin: Jodoh Belum Sampai"