Bagi semua peminat program ‘Fashion Police’ di saluran E!, nama Joan Rivers tidak perlu lagi diperkenalkan .
Jika selama ini ramai yg senang dengan karakter lucunya, namun kenyataan biadapnya mengenai pergolakan di Palestin awal bulan lalu nyata telah memakan dirinya sendiri .
Malah dia juga menyifatkan rakyat Palestin patut mati kerana dianggapnya memulakan perang, dia juga telah mendapat kritikan yg cukup hebat daripada pihak yg menyokong perjuangan rakyat Palestin.
Ia secara tidak langsung telah mencalar reputasi yg dibinanya selama ini.
Beberapa hari lalu, Rivers terpaksa dikejarkan ke hospital akibat masalah pernafasan.
Malangnya, semasa menjalani pembedahan tekak, dia tiba-tiba berhenti bernafas, namun berjaya distabilkan oleh pasukan perubatan.
Kini Rivers dalam keadaan koma dan dia masih belum sedarkan diri.
Ramai juga yg mengaitkan kejadian yg menimpanya itu sebagai balasan akibat daripada kelancangan mulutnya sebelum ini .
0 Komentar untuk "(VIDEO) GEMPAR !! Pengacara Biadap Minta Rakyat Palestin Patut Mati Akibatnya Dia Kini... !!"