1. Apabila kita meminta tolong daripadanya, si dia tidak pernah berkira.
Hubungan dngan si dia akan berakhir jika sifat ungkit mengungkit wujud dalm hubungan percintaan yg dibina. Oleh itu, kita perlu berpada-pada dalam meminta pertolongan dengan si dia dan yg paling penting jangan sesekali mengambil kesempatan terhadap sikap tidak berkira si dia. Dari situlah timbul sifat keikhlasan daripada si dia menyayangi kita.
2. Lebih melihat kelebihan kita daripada mencari keburukan.
Ini merupakan perkara yg paling penting dalam menilai keikhlasan si dia menyayangi kita. Jika si dia sering memperbesar-besarkan keburukan kita selama menjalinkan hubungan, sudah pasti rasa menyampah akan mula membara di hati kita. Oleh itu, pasangan yg ingin menjaga hubungan cinta pasti sentiasa mencari kelebihan kita daripada mencari keburukan kita. Inilah tanda mengetahui keikhlasan si dia dalam menyayangi kita.
3. Berasa bersalah untuk meminta pertolongan kerana tidak mahu membebankan kita.
Ini salah satu indikator yg perlu dititikberatkan. Dari sini kita boleh lihat tahap keperihatinan si dia terhadap kita. Si dia tidak sewenang-wenangnya membuatkan kita terbeban dengan karenahnya.
4. Sanggup membelakangi kepentingan diri demi untuk kita.
Ada masanya kita berdepan dengan konflik yg teruk dan pada masa yg sama si dia pula sibuk dengan tugasannya yg dipikul. Jika si dia masih bersama kita pada saat itu, itulah tandanya si dia betul-betul sayangkan kita.
5. Apabila kita ditimpa kemalangan, si dia merupakan antara orang terawal yang ambil kisah.
Ini sememangnya perasaaan yang harus ada pada setiap insan yg ada rasa sayang didalam diri. Sidialah yg dahulu risau dari orang lain meskipun kemalangan itu melibatkan kemalangan kecil. kalau sidia tunjukkan sikap sebegitu ada maknanya mereka menyayangi hubungan.
6. Tidak pernah gagal membuat kita tersenyum.
Pasangan yg betul-betul menjaga hubungan, mereka akan sentiasa berusaha membuat kita tersenyum. walaupun kadang-kadang mereka merasakan lawak yg mereka buat menyebabkan kita tidak akan ketawa, tetapi mereka buat juga sebab mereka akan tahu kita akan ketawa sebab tiada unsur lawak dekat situ. Jadi peranan kita ketawa sahajalah, mesti jaga hati.
7. Setia menjadi pendengar cerita kita walaupun cerita kita membosankan baginya.
Inilah perkara yang sering berlaku, kita punyalah syok bercerita sambil ketawa tidak sudah-sudah. Tapi sebenar kisah tersebut bukan genre yg si dia minati. kita ini pun satu juga carilah cerita yg mereka suka. bersesuaian tdaklah mereka berasa bosan. Tetapi kalau sayang semuanya baik punya.
8. Sentiasa mengingati hari-hari penting dalam hubungan yg terjalin.
perkara ini lelaki memang masalah sikit, sebab sibuk dengan kerja kononnya. kalau Sidia menyayangi kita jaranglah dia nak lupa tarikh-tarikh penting hubungan mereka. Lelaki bahaya sikit hari jadi si dia pun kekadang terlupa. Kebiasaan alasan yg digunakannya adalah 'busy'.
Tag :
tips
0 Komentar untuk "TIPS! 8 Cara Mengetahui Si Dia Betul-betul Sayangkan Kita"