Seorang remaja lelaki berusia 18 tahun tergamak merogol ibu saudaranya di Kinabatangan, Sabah, baru-baru ini.
Mangsa yg merupakan seorang surirumah berusia 44 tahun masih lagi terkejut dengan insiden tersebut di mana anak saudaranya berani mengikat dan merogolnya pada jam 11 malam.
Suspek dilaporkan meletakkan sebilah parang di leher mangsa sebelum mengikat dan kemudiannya merogol ibu saudaranya.
Menerusi laporan The Star, suspek dikatakan datang ke rumah mangsa ketika mangsa sedang menonton televisyen di rumahnya.
Ketua Polis Daerah Kinabatangan, Supt A Sahak mengesahkan wanita itu kemudiannya membuat laporan polis dan membuat pemeriksaan kesihatan di hospital daerah. “Suspek ditahan tidak jauh daripada rumah mangsa dan kes ini disiasat di bawah Seksyen 376 atas kesalahan rogol,” katanya.
0 Komentar untuk "Surirumah Diikat Dan Diperkosa Oleh Anak Saudara"