malaynews1. Powered by Blogger.

PILU! Ibu Tanggung Malu Video Aksi Mesra Anak Perempuan Tersebar di Internet

 

Kisah ini merupakan kisah benar yg di hadapi oleh seorang ibu dalam menjaga seorang anak perempuan yg baru berumur 15 tahun. Jom ikuti respons ibu ini “Orang hanya pandai mengata, tuduh saya tak tahu jaga anak dan macam-macam lagi. Hakikatnya, saya dan suami sudah jalankan tanggungjawab kami dan anak saya bukan gadis liar yg boleh keluar rumah sesuka hati.

“Kalau perkara sama berlaku pada mereka (orang yg mengata), mungkin baru mereka tahu apa yg saya dan suami rasakan sekarang. Saya merayu, fahamilah situasi kami dan janganlah tuduh kami yg bukan-bukan.” Kasihan ibu ini apabila mendapati gambar anaknya heboh di dalam laman sosial yg sedang bercium.

Itu luahan hati seorang ibu mahu dikenali sebagai Rohani, 36, selepas rakaman video anak perempuannya yg berusia 15 tahun dengan ‘aksi mesra’ bersama teman lelaki, kini tersebar meluas di laman YouTube dan Facebook (FB).

Rohani berkata, perhubungan anak perempuannya, dinamakan sebagai F dengan teman lelakinya yg juga berusia belasan tahun memang diketahuinya, namun dia tidak menyangka mereka akan bertindak sejauh itu.

“Saya memang tahu mereka berkawan rapat, tapi tak sangka pula sampai merakam video berpeluk dan bercium dan dimuat naik pula ke Internet,” katanya. Makluman kepada para ibu bapa agar menjaga anak-anak dengan lebih baik supaya perkara ini tidak terjadi kepada anak-anak kita kelak. 
0 Komentar untuk "PILU! Ibu Tanggung Malu Video Aksi Mesra Anak Perempuan Tersebar di Internet"
Back To Top