Tidak dapat dinafikan penjara yg dibina pada zaman penjajahan British pada tahun 1891 itu menyimpan rahsianya yg tersendiri. Pelbagai kisah misteri dirungkai satu demi satu dan terdapat pelbagai kisah yg menyeramkan di dalam penjara itu.
Meskipun sudah dirobohkan pada tahun 2010, kisah misteri yg menyelubungi penjara tersebut akan terus diceritakan. Sudah menjadi adat orang melayu yg suka mendengar kisah seram serta benda-benda ghaib seperti hantu ini.
Salah satunya ialah mengenai potret ‘menangis’ yg dilukis oleh seorang banduan di sebuah bilik akhir penjara itu.
Menurut bekas penghuni penjara itu yang dikenali sebagai Nasyitah, pelukisnya sedang menunggu untuk dijatuhi hukuman gantung sampai mati pada ketika itu. Kejadian ini sememangnya sering diceritakan oleh pengawal penjara dan juga bekas-bekas banduan di situ.
Apa yg peliknya, lampu di bilik itu akan terpadam jika dihidupkan dan pada ketika itu, potret tersebut akan kelihatan bercahaya seolah-olah ‘hidup’.
Ia dikatakan akan menangis apabila hari penggantungan seseorang banduan hampir tiba.
Sejauh mana kebenarannya, tidak dapat kami pastikan lantaran bangunan itu kini sudah pun lenyap. Wallahu a’lam
0 Komentar untuk "MISTERI! Kisah Seram Potret ‘Menangis’ Lukisan Banduan Akhir Penjara Pudu"