malaynews1. Powered by Blogger.

GOSIP ! Respon Segera TM Unifi Bila Rita Rudaini Naik Angin




Apakah kelebihan menjadi selebriti popular dan dikenali ramai?

Tak lain tak bukan, suara kita akn lebih mudah ‘didengar’ dan diambil perhatian.

Sebagai contoh semalam, Rita Rudaini telah memuat naik satu status di Instagram miliknya bagi menyuarakn perasaan tidak puas hati terhadap perkhidmatan jalur lebar oleh TM Unifi.

Daripada ayat digunakan dapat dilihat Rita sangat bengang apabila network perkhidmatan hanya boleh digunakan di bahagian bawah rumahnya hingga terkeluar ayat sinis, “so kalau nak pasang TM Unifi ni memang takleh ada tangga ek kat rumah? Sebab network tak larat panjat tangga untuk naik tingkat atas..”

Tup-tup hari ini, memo tak puas hati Rita di Instagram telah dibuang dan digantikan dengan status baru yg lebih ceria.

Tulis Rita yg diawali dengan ucapan Alhamdulillah dalam statusnya, TM Unifi telah bertindak segera dengan aduannya apabila tak sampai 10 minit dia menerima panggilan bahawa mereka akan datang untuk menyelesaikan masalah dihadapi.

Memang bagus betul TM Unifi ambil berat aduan pelanggan dalam masa singkat tapi harap-harap respon begini terpakai pada semua pelanggan dan bukan artis jelita saja ya?

Ok gurau je..
Tag : Artis, Isu Semasa
0 Komentar untuk "GOSIP ! Respon Segera TM Unifi Bila Rita Rudaini Naik Angin"
Back To Top