malaynews1. Powered by Blogger.

GOSIP ! Nora Danish Bengang Akaun Facebook Kena Hack

Nora Danish menerusi laman Instagramnya mendedahkan akaun Facebook miliknya telah digodam/hack oleh pihak tertentu pada Jumaat lepas.

Menurut Nora, dia akan membuat laporan polis berhubung perkara itu bagi mengenal pasti dalang disebalik kejadian berkenaan.

"My personal Facebook sudah di hacked!!! Gone! Im gona make a police report. Dan kesemua accounts Nora Danish di Facebook ini adalah BUKAN saya. Pls take note. Tq."

Sementara itu, Nora turut menyenaraikan 10 lagi akaun Facebook palsu yg menggunakan namanya. Jelas Nora, dia berharap peminat tidak akan mengambil perhatian dan tidak tertipu dengan akaun palsu tersebut.


Dalam pada itu, peminat aktres itu turut meluahkan rasa kesal dengan kejadian tersebut dan menyifatkn perbuatan pengodam berkenaan sebagai tidak berhati perut.

Salah seorang pengikutnya iaitu @norumairahrosli berkata, perbuatan pihak tidak bertanggungjawab itu sengaja mencari publisiti murahan.

"Tidak faham dengan orang-orang zaman sekarang. Dah tiada kerja sangat sampai nak godam akaun peribadi sosial media orang lain," katanya.

Manakala @azaamalia pula mempertikaikn tindakan pemilik akaun palsu menggunakan nama selebriti terkenal itu demi kepentingan diri sendiri.

"Mereka yg buat begitu hanya ingin menumpang populariti Nora dan orang sebegini adalah parasit," katanya.

Komen lain yg ditinggalkan oleh peminat Nora antara lain menyokong tindakannya untuk membuat laporan polis bagi membersihkan namanya daripada terus dipergunakan pihak tidak bertanggungjawab.

Manakala seorang lagi peminat menggunakan nama eatdrink_my menawarkan khidmat kepada Nora untk mendapatkan kembali akaun Facebooknya itu.

"@noradanish hye. I boleh tlg dptkan account facebook u balik. Just use email fb kak nora je. Pm me if wanna try dptkan blik acc fb akak nora".
Tag : Artis, Isu Semasa
0 Komentar untuk "GOSIP ! Nora Danish Bengang Akaun Facebook Kena Hack"
Back To Top