Pelakon Zara Zya memberi jaminan tidak akan berselindung adaripada peminat sekiranya dia mempunyai teman lelaki pada masa hadapan.
Zara atau nama sebenarnya Zainurul Razia Mohd Zainuddin, 29, bagaimanapun berkata, buat masa ini dia masih solo dan tidak mempunyai masa untuk memikirkan soal cinta kerana terlalu sibuk dngan karier lakonannya yg semakin berkembang. "Kalau saya ada teman lelaki saya akan beritahu dan tunjuk kepada semua orang dan saya tidak akan berahsia mengenainya.
"Bagaimanapun sekarang ini saya masih solo dan belum terfikir tentang soal itu kerana perlu mengutamakan kerjaya terlebih dahulu," katanya kepada mStar Online ketika dihubungi pada Jumaat.
Zara berkata demikian sebagai mengulas spekulasi terbaharu kononnya dia sedang bercinta apabila memuat naik sekeping gambar di laman Instagram miliknya yg menunjukkan dia memimpin tangan seseorang dipercayai tangan kekasihnya baru-baru ini.
Gambar yg menjadi tanda tanya peminat selepas Zara memuat naik ke laman Isntagramnya baru-baru ini. Jelas Zara, tangan berkenaan adalah pengurusnya yg juga seorang wanita dan tujuan dia mengambil gambar berkenaan kerana mahu meniru aksi sekeping gambar yg dirakamkan seorang jurugambar profesional.
"Itu sebenarnya tangan pengurus saya. Dia seorang perempuan tetapi dalam gambar tersebut nampak macam tangan lelaki dan saya tidak sangka pula ramai yg salah faham.
"Ketika mengambil gambar berkenaan saya bersama pengurus dan keluarga bersiar-siar di sebuah pusat beli-belah dan saya turut mengambil gambar serupa dengan anak saudara cuma ia tidak dimuat naik ke Instagram," ujarnya.
Dalam perkembangan lain, Zara memberitahu dia kini sibuk di lokasi penggambaran drama bersiri berjudul Zahira untuk slot Samarinda TV3 bersama pelakon Adi Putra.

0 Komentar untuk "GOSIP ! Komen Zara Zya Isu Kongsi Gambar Pegang Tangan Kekasih "