SEBENARNYA, agak jarang kita mendengar cerita tidak enak mengenai penyanyi hitam manis, Dayang Nurfaizah.
Tapi, gara-gara gambar yg dimuatnaik oleh Lisa Surihani menerusi akaun Instagramnya, ramai pula yg menghentamnya.
Gambar tersebut memaparkan Dayang bersama Awal Ashaari, Tiz Zaqyah, Lisa dan Diana Danielle selepas satu sesi penggambaran sebuah majalah, semalam.
Ternyata pakaian yg dipakai oleh penyanyi itu agak terdedah di bahagian dada sehingga mengundang kritikan ramai.
Pada masa yg sama, Diana juga turut menerima teguran yg hampir serupa lantaran statusnya sebagai seorang isteri dan ibu.
Harapnya, kedua-dua mereka dapat menerima secara positif teguran tersebut ya.
Apapun, pesanan kami kepada tukang komen, berilah komen secara sopan dan berhemah.
Jangan sampai menjatuhkan ‘hukum neraka’ ke atas para artis sudahlah…
0 Komentar untuk "GOSIP ! Dayang Nurfaizah Dan Diana Dikritik Tayang Lurah Dada"