Pembedahan kelopak mata menjadi trend yg popular untuk wanita Asia bagi mendapatkan kelopak menarik. Namun kini terdapat kegilaan baru yg menjanjikan alternatif lebih mudah dan tidak menyakitkan iaitu tampalan pelekat di kelopak mata.
Tujuan utamanya adalah membentu kelopak mata berganda secara semula jadi. Ia hanya menggunakan tampalan pelekat yg berharga RM19 berbanding kos pembedahan kelopak mata yg dianggarkan RM16,000.
Trend itu diperkenalkan di Jepun dan menyebabkan penduduknya terutama remaja yg bemata sepet menjadi obses.
Malah satu majalah Scawaii Beauty, menyifatkan bagaimana trend memotong pelekat itu kepada cebisan kecil dan melekatnya di kelopak mata, menjadikan mata pemakainya lebih besar, sama seperti kelopak mata orang barat.
Kegilaan ini bermula di Korea Selatan dan merebak dengan cepat di Jepun.
Pelekat itu turut dijual di Amazon, di mana ia disifatkan sebagai gred perubatan, menjadikan mata lebih besar dan jelas.
Bagaimanapun kegilaan itu dikritik oleh warga tua di Jepun kerana ia merompak identiti masyarakat Jepun yg terkenal dengan mata sepet.
“Bagaimana anda menggelar diri anda sebagai orang Jepun jika anda menjadikan diri sendiri seperti orang lain,’’ itu antara persoalan yg dibangkitkan oleh warga tua di negara berkenaan.
0 Komentar untuk "DUNIA Pelekat Khas, Besarkan Mata Sepet Jadi Kegilaan Di Jepun"