malaynews1. Powered by Blogger.

BERITA Lelaki Mengaku Salah Cabul Seorang Remaja Perempuan 13 Tahun

Seorang lelaki mengaku salah di mahkamah majistret, di sini, kelmarin atas tuduhan mencabul seorang remaja perempuan berusia 13 tahun yg juga anak saudaranya, 4 Ogos lalu.

Hukuman terhadap tertuduh bagaimanapun ditetapkan pada 10 September depan di Mahkamah Majistret Bachok oleh Majistret, Nik Habri Muhamad.



Tetuduh (kiri) dikawal keluar dari mahkamah selepas mengaku salah, kelmarin,

Tertuduh yg beralamat di Kampung Pauh Sembilan, Tawang, Bachok, dan berusia 23 tahun itu mengaku salah didakwa memasukkan tangan ke dalam seluar yg dipakai mangsa dan telah mencabul kehormatan remaja itu.

Kejadian dikatakan berlaku di dalam sebuah bilik di alamat sama pada jam 1.30 pagi, 4 Ogos lalu dan mangsa ketika itu berusia 13 tahun dua bulan.

Tuduhan terhadap tertuduh dijalankan mengikut Seksyen 354 Kanun Keseksaan yg membawa hukuman boleh sampai 10 tahun atau dengan denda atau dengan sebat, jika sabit kesalahan.

Pada prosiding itu, Timbalan Pendakwa Raya negeri, Noor Dayana Mohamad menawarkan jaminan RM5,000, namun Nik Habri mahkamah membenarkan jaminan sebanyak RM4,500 dengan syarat tertuduh tidak mengganggu mangsa, lapor Sinar Harian
0 Komentar untuk "BERITA Lelaki Mengaku Salah Cabul Seorang Remaja Perempuan 13 Tahun"
Back To Top