Status terkini dari Hanez Suraya bersama kekasihnya Romie akhirnya dilaporkan media merungkai teka teki tentang hubungan mereka yg semakin terpinggir selama ini.
"Saya dalam keadaan berbelah bahagi sekarang. Mungkin ada ramai yg mendoakan hubungan kami berakhir. Itu satu fakta yg ramai mahu ia jadi sebegitu. Percaya atau tidak, andai kami putus atau sebaliknya, kebarangkalian untuk saya dikecam akan terjadi. Saya reda dengan apa saja kemungkinan.
"Hingga saat ini, saya lebih selesa membiarkan kes mereka yg masih berjalan selesai. Jujur saya berharap kes mereka di mahkamah diselesaikan secara baik. Saya amat bersyukur dan gembira kalau mereka dapat berbaik semula dan bersatu kembali demi anak.
"Saya sendiri kasihankan anak mereka. Malah di saat kes mereka terus berjalan, saya berkecil hati sebenarnya kerana terus-terusan dianggap sebagai punca kepada apa yg terjadi membabitkan mereka. Saya terus dipersalahkan. Benar, saya tak nafikan saya hadir dalam hidupnya pada waktu yg salah.
"Tapi saya tak mampu melawan kehendak takdir. Saya pernah terdetik untuk memutuskan hubungan ini tetapi dia terus mencuba untuk memiliki saya. Malah saya cuba membawa diri untuk menjauhkan diri daripadanya tetapi semakin jauh saya cuba lari, semakin kuat pula usahanya untuk memenangi hati saya," katanya.
Romie seperti tidak mahu melepaskannya.
"Dengan apa yg cuba dia lakukan, perasaan sayang itu kian bertambah. Saya masih sayangkannya. Anaknya pun memang rapat dengan saya," kata pelakon berkulit gebu itu yg kini berjinak-jinak dalam dunia perniagaan itu.
Di sisi lain, Hanez mengakui kontroversi berkenaan memakan dirinya. Ia benar-benar memusnahkan kerjaya seninya yg mekar beberapa tahun lalu. Itupun selepas lebih sedekad mencuba nasib untuk membuktikan bakat seninya kepada khalayak.
"Memang hingga saat ini tawaran berlakon untuk saya tiada langsung. Saya reda dengan apa yg terjadi. Projek terakhir saya ialah menerusi teater Projek Kahwin yg dipentaskan di Istana Budaya beberapa bulan lalu."

0 Komentar untuk "ARTIS Hanez Suraya Akui Masih Sayangkan Romie"