ALHAMDULILLAH, nampaknya tahun ini menyaksikan seorang demi seorang artis wanita Islam memilih untuk berhijrah ke arah yg lebih baik iaitu bertudung.
Salah seorangnya, penyanyi putih melepak, Adira AF.
Perubahan itu sekaligus mengejutkan para peminat, namun rata-ratanya menerima positif imej terbaru penyanyi itu.
Namun, timbul kenyataan ‘nakal’ yg mengaitkan pernghijrahan Adira itu dengan gosip yang dia bakal menamatkan zaman bujangnya dengan kekasih hati, Shahrul Nasrun Kamarudin tidak lama lagi.
Menerusi Berita Harian, penyanyi itu menafikan imej bertudungnya itu ada kaitan dengan perihal kahwin.
“Baru tiga hari saya mengenakan tudung. Ia terjadi atas kehendak diri dan doa semua yg mengharapkan kebaikan saya.
“Peminat pun barangkali tak tahu dengan perubahan ini. Biarlah mereka tahu sendiri.
“Tiada alasan tertentu untuk perubahan ini,” jelasnya.
Baguslah jika begitu. Sebabnya, sebaik-baik perubahan itu adalah kerana Allah S.W.T agar ianya dapat dikekalkan hingga ke akhir hayat, tak gitu?
Tag :
Artis
0 Komentar untuk "ARTIS Adira AF Kini Bertudung, Nafi Sebab Mahu Berkahwin"