malaynews1. Powered by Blogger.

TAHNIAH Nelydia Senrose Dan Qi Razali Bakal Bertunang

Sebelum ini, ada peminat mendakwa hubungan Nelydia Senrose dan kekasihnya, Qi Razali berantakn gara-gara terlihat pelakon wanita itu menangis setelah bergaduh di sebuah pusat membeli-belah.




Nelydia Senrose Dan Qi Razali Bakal Bertunang

Mengakui ada berlaku perselisihan faham, namun Nelydia segera menafikn yg masalah itu berkaitan dngan hubungan cintanya.

"Saya tidak terkejut sama sekali jika isu ini timbul kerana ia adalah perkara normal dan berlaku sangat pantas.

"Pada saya, normal jika sepasang kekasih berselisih faham tetapi perselisihan faham itu bukanlah mengenai hubungan kami.

"Masalah itu adalah mengenai isu luar dan Qi hadir untk menenangkn saya," katanya ketika ditemui selepas pelancaran alih bahasa filem animasi Despicable Me 2.

Kata pelakon filem Cinderella ini, kejadian itu berlaku sangat pantas dan dia bukanlah sengaja hendak mencipta keadaan,

Tambahnya lagi, hubungan cintanya dngan aktor berbakat besar itu masih dalm keadaan baik-baik saja dan berharap perkara itu tidak disalahertikn oleh peminat.

Ketika ditanya adakah dia dan Qi ada perancangan untk bertunang, Nelydia ternyata mempunyai jawapannya sendiri.

"Saya tidak berani nak cakap. Perkara ini bukanlah dalm kawalan saya.  Saya tak mahu meletakkn sebarang sasaran tertentu sebaliknya saya menyerahkn semuanya kepda ketentuan ALLAH SWT," katanya.

Belajar daripada kesilapan lalu, pemilik nama penuh Nik Zaris Nelydia Senrose Nik Sen ini mengambil keputusan untk mengurangkn aktiviti seninya sepanjang Ramadan ini.

"Tahun lalu, saya terlibat dalm penggambaran drama Cinta Jannah sepanjang Ramadan.

"Akibat sibuk dengan penggambaran, saya tidak dapat meluangkn lebih masa dngan keluarga, berbuka bersama-sama dan bertarawih," katanya.

Ketika di tanya mengenai persiapannya dalm menyambut Syawal, Nelydia memberitahu, tahun ini dia dan keluarga hanya menyambutnya secara bersederhana sementelahan lagi neneknya baru saja meninggal dunia.

"Pada hari raya pertama, kami hanya beraya di Kuala Lumpur.

"Insya-ALLAH, hari raya kedua baru pulang ke kampung bagi melawat pusara nenek," katanya.

Pun begitu, kata Nelydia, Aidilfitri kali ini, dia berpeluang menyambut Syawal dgn kekasihnya.

"Tahun lalu, kami tak berkesempatan meraikannya bersama-sama kerana dia ke Argentina.

Tahun ini, mungkin dia akn ke Argentina selepas raya, jadi dapatlah kami beraya bersama-sama," katanya.

Related Post:

0 Komentar untuk "TAHNIAH Nelydia Senrose Dan Qi Razali Bakal Bertunang"
Back To Top