malaynews1. Powered by Blogger.

SEMASA MH17- Juruterbang Hasrat Tunai Haji Bulan Depan

 Juruterbang pesawat penerbangan Malaysia Airlines (MAS) MH17, Wan Amran Wan Hussin, 50, berhasrat menunaikn fardu haji bersama kakaknya pada musim haji bulan depan.


MH17- Juruterbang Hasrat Tunai Haji Bulan Depan

Menurut anak saudaranya, Amaluddin Noorshah, 48, hasrat itu dinyatakn ketika Wan Amran pulang ke kampungnya untk berbuka puasa bersama sanak saudaranya di Kota Lama Kiri, Kuala Kangsar, Perak, minggu lepas.

"Dia menyatakn hendak menunaikn rukun Islam yg kelima itu bersama kakaknya Wan Aini, ketika itu saya merasakn ada kelainan dari nada suaranya," katanya ketika dihubungi Bernama hari ini.

Amaluddin berkata beliau tidak menjangka itulah kali terakhir bertemu bapa saudaranya setelah mendapat berita tragedi MH17 itu lewat malam tadi.

"Saya mengetahuinya melalui aplikasi 'Whatsapp' yg memang disertai oleh ahli keluarga, lemah seluruh tubuh ahli keluarga kami setelah mendapat tahu Wan Amran memandu pesawat terbabit," katanya.

Amaluddin tidak menyangka tragedi buruk itu akn menimpa bapa saudaranya kerana dalm pengetahuannya Wan Amran telah memandu pesawat Boeing lebih 20 tahun lalu.

"Dia sangat rapat dngan adik beradiknya dan suka bersedekah, isteri dan dua anak lelaki tinggal di Shah Alam," katanya. Amaluddin mengakui hubungannya dngan bapa saudaranya itu memang rapat sejak daripada kecil lagi.

Pada sidang media khas di Hotel Sama-Sama, Sepang, Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Razak mengesahkn pesawat MH17, yg membawa 280 penumpang dan 15 anak kapal dalm penerbangan dari Amsterdam ke Kuala Lumpur, terhempas di timur Ukraine.

Beliau berkata setakat ini Malaysia tidak dapat mengesahkn punca tragedi dan berkata pihak berkuasa Ukraine percaya pesawat itu ditembak jatuh berhampiran sempadan Russia, semalam.

Pesawat itu berlepas dari Amsterdam pada pukul 12.15 tengah hari waktu tempatan dan dijangka tiba di Lapangan Terbang Antarabangsa Kuala Lumpur (KLIA) pada pukul 6.10 pagi waktu tempatan.

Related Post:

0 Komentar untuk "SEMASA MH17- Juruterbang Hasrat Tunai Haji Bulan Depan"
Back To Top