![](https://blogger.googleusercontent.com/img/b/R29vZ2xl/AVvXsEgdTNsOPm72NXPEnwUD0t1wu8muyob9RoUVTUGNZEtA5996PyYntRjRKM7tOzDExf3eFu26tPmzB8TPpi9wohbIAf0oQFXhnsxK0Zffyg7d9OBeybZnanzoijuvhTD8l4BGp2AdVoLQ/s1600/Kiki.jpg)
Kiki (kanan) mengaku bersalah selepas bertindak biadap dalm insiden kecil membabitkn lelaki warga emas di Kuantan, minggu lalu.
Siti Fairrah Ashyikin Kamaruddin atau Kiki, yg didakwa kerana bertindak ganas dngan membuli seorng warga emas, Isnin lalu didenda RM5,000, selain melakukn kerja komuniti selama 240 jam oleh Mahkamah Sesyen, di sini Selasa.
Hakim Datuk Zainal Abidin Kamarudin membuat ketetapan itu selepas tertuduh yg berusia 30 tahun itu mengaku bersalah atas pertuduhan melakukn kerosakn terhadap kereta jenis Toyata milik warga emas, Sim Siak Hong, 68, di hadapan Pusat Transformasi Bandar (UTC), dekat sini, pada 14 Julai lalu.
Kiki ditahan pada pukul 4 petang, Khamis lalu di Ibu Pejabat Polis Daerah di sini, bagaimanapun dibebaskn dngan jaminan lewat malam hari yg sama selepas pihak polis berpuas hati dngan keterangan yg diberikannya.
Tindakan ganas Kiki membuli Siak Heong atau Uncle Sim itu selepas warga emas berkenaan secara tidak sengaja melanggar keretanya.
Menerusi video yg dimuat naik di laman sosial, Facebook, Twitter dan You Tube, wanita itu dilihat mengetuk kereta lelaki berkenaan dngan pengunci stereng kereta milik Uncle Sim.
Aksi Kiki mendapat pelbagai komen dari pengguna media sosial yg tidak berpuas hati dngan tindakannya yg dianggap biadap itu.
0 Komentar untuk "SEMASA Kiki Mengaku Bersalah, Kena Denda RM5,000, Kerja Komuniti 240 Jam"