
Aaron (kiri) dan Zizan dilantik sebagai duta Jakel bagi Hari Raya Aidilfitri kali ini.
Dua selebriti popular iaitu Aaron Aziz dan Zizan Razak dipilih menjadi duta produk tekstil terkemuka, Jakel bagi promosi sempena Aidifitri kali ini.
Pengarah Urusan Jakel, Mohamed Feroz Mohamed Jakel berkata, pemilihan kedua-dua pelakon tersebut bukan sahaja kerana populariti, malah mempunyai pengikut yg tersendiri.
"Kita tahu kedua-dua mereka ini mempunyai tahap yg tinggi di industri seni dan menjadi ikon kepda masyarakat.
"Saya yakin populariti mereka yg mampu membantu produk baju Melayu keluaran Jakel untuk Hari Raya ini," ujarnya ketika ditemui selepas Majlis Jom Balik Raya Bersama Aaron Aziz dan Zizan Razak, di Jakel cawangan Masjid India, di sini, Sabtu.
Sementara itu, jelas Mohamed Feroz, ia juga memberi peluang kepda peminat kedua-dua artis ini untk mendapatkn baju Melayu yg berkualiti dngan harga yg berpatutan.
Dalam pada itu, katanya, kedua-dua baju Melayu tersebut mempunyai rekaan yg berbeza dari segi penggunaan fabrik dan corak.

Mohamed Feroz (tiga, kiri) memberikn kupon baju melayu percuma kepda pengunjung. - foto AZLINA ABDULLAH/THE STAR
“Koleksi baju Melayu Aaron Aziz dan Zizan Razak adalah koleksi yg menampilkn rekaan yg berbeza, begitu juga corak dan fabrik yg lebih berkualiti.
“Kita mahu pengikut-pengikut kedua-dua artis ini berpuas hati dngan baju yg mereka beli dan harva yg mampu dimiliki,” ujarnya.
Sementara itu, Zizan yg dilantik sebagai duta baharu Baju Melayu Jakel mengakui sangat berbesar hati diberi peluang tersebut.
Katanya, ia bukan sahaja sebagai satu kerjasama perniagaan, malah mampu mendekatkannya dngan peminat.
“Saya bersyukur kerana dipilih bersama Aaron untk baju Melayu Aidilfitri kali ini, kalau dulu saya hanya beli Baju Melayu Aaron Aziz sahaja, kini saya ada baju saya sendiri.,” ujarnya.
Pada majlis tersebut, Jakel memberi percuma sebanyak 300 helai baju kepda pelanggan pertama yg hadir pada program tersebut.
Majlis yg bermula pada pukul 12 tengah hari itu turut diserbu oleh pengunjung yg ingin mendapatkn baju percuma dan diskaun separuh harga yg diadakn itu.
0 Komentar untuk "SEGAK Pilih Zizan Razak & Aaron Aziz Jadi Duta Baju Melayu"