malaynews1. Powered by Blogger.

GOSIP Bekas Isteri DEDAH Kecurangan Sham Kamikaze, Dakwa Ada Bukti

 Selepas satu, satu lagi kontroversi nampaknya melanda bekas gitaris kumpulan Kamikaze, Shamril Mohd Salleh atau Sham.



Baru-baru ini, Mahkamah Rendah Syariah Gombak Timur memutuskn pernikahan Sham dngan isterinya, Nurul Halimin Mohd Salleh adalah tidak sah dan terbatal.

Ia berikutan pernikahan tersebut dijalankn oleh wali hakim yg tidak sah dan proses pernikahan diuruskn oleh pihak ketiga yg tidak bertauliah. Bagaimanapun mereka telah melakukan akad nikah sekali lagi.

Belum pun reda kepanasan berikutan kontroversi itu, satu lagi pendedahan dibuat oleh bekas isterinya, Farazila menerusi sisipan BiPop, kelmarin.

Ia berkisar mengenai bukti kecurangan Sham sewaktu masih bergelar suami Farazila yg disimpan dalam lima ‘hard disk’ atau cakera keras.

 

Di sini kami sertakan penjelasan yg agak panjang darinya:

"Sham melafazkn talak kepada saya pada jam 7 malam, 1 September 2011 bersamaan 3 Syawal. Puncanya berkaitan dngan sikap mata kerajangnya. Bukan saja dikaitkn dngan Nurul Halimin, tetapi dia juga bersama wanita lain yg berhijrah ketika itu.

Bagaimanapun Sham datang merujuk secara perbuatan di rumah keluarga saya di Batu Pahat, Johor selepas 15 hari melafazkn cerai. Saya terpaksa akur dan duduk kembali bersamanya di kediaman di USJ, Subang, sehinggalah saya ingin memfailkn penceraian pada Ogos 2012 apabila menjumpai bukti cakera keras yg merakamkan kecurangan bekas suami itu. Lima cakera keras itu kini berada di simpanan pihak polis.

“Maknanya saya masih isterinya ketika dia berkahwin secara senyap-senyap dngan Nurul Halimin. Saya dan Sham bercerai kerana saya tahu kecurangannya. Saya tahu apa yg saya katakn ini akan menjadi bahan kritikan penyokong Sham. Saya tidak peduli kerana saya tahu penyokongnya masih buta hati.

“Saya sudah beri amaran, jangan kaitkn nama saya lagi. Selama ini sudah lama saya berdiam dan sabar apabila kenyataan saya dianggap fitnah dan tuduhan liar, sedangkan Sham tahu apa yg dilakukan.

“Apakah hukumnya apabila seorang suami menafikn perkahwinannya? Bukankah sudah jatuh talak apabila menafikn perkahwinan secara terang-terangan? Adakah dngan kenyataan ini orang di luar masih mengatakan saya membuat tohmahan dan dakwaan liar. Kenapa sekarang Sham berani memutar belit kenyataan mengatakan dia berkahwin kali kedua dan bukannya berkahwin dua, sedangkn ketika berkahwin, saya masih isterinya!!

“Di sini saya berharap orng luar dapat membuat pertimbangan sendiri. Layakkn manusia sebegini diangkat sebagai pendakwah sedangkn beliau suka berbohong? Saya pelik sebagai seorang penceramah yg sibuk membetulkn kesalahan orng sana sini, tidakkah Sham tahu rukun pernikahan sehingga melantik orng yg tidak bertauliah.”

April lalu, Farazila juga pernah membuat pendedahan mengenai sikap Sham yg dikatakan hipokrit walaupun sudah berhijrah.

Mungkin ada yg berkata bekas isterinya itu tidak sepatutnya membuka lagi kisah lama mereka, namun siapa tahu mungkin hatinya terlalu sakit dengan tuduhan peminat yg menyokong Sham sebelum ini, tak gitu?

Related Post:

0 Komentar untuk "GOSIP Bekas Isteri DEDAH Kecurangan Sham Kamikaze, Dakwa Ada Bukti"
Back To Top