
Azwan Ali
PENGACARA sensasi, Azwan Ali menyifatkn tindakannya memuat naik status yg menghina juadah bazar Ramadan di laman sosial Twitter miliknya, adalah sesuatu yg wajar.
"Status itu bukanlah ditujukn pada semua bazar sebaliknya saya tulis perkataan most yg bermaksud kebanyakan.
"Tetapi, saya dimaki hamun malah diugut oleh semua peniaga bazar.
"Mereka kata mahu 'mencincang saya hidup-hidup' sekiranya saya menjejakkn kaki ke mana-mana bazar sekalipun," katanya kepda Zass ketika ditemui selepas Sidang Media Program Raya Astro.
Menurutnya, setiap ugutan dan kecaman yg diterimanya itu tidak menjadi penghalang buat dirinya untk mengunjungi ke mana-mana bazar Ramadan selepas ini. Sementelah dia baru saja menjayakn program Bazar Seindah Ramadan di Melaka anjuran TV9, Sabtu lalu.
Bagaimanapun, adik kepada Azmin Ali ini menerima pengajaran daripada peristiwa terbabit, malah mengakui mulutnya agak lancang dalm menyuarakn pendapat.
"Saya bukan sengaja hendak memburuk-burukkn peniaga bazar, tetapi apa yg saya katakn ada benarnya.
"Lihat, apa yg terjadi selepas dua tiga hari saya muat naik status? Ada pula kes keracunan di bazar Ramadan sehingga menyebabkn seorng kanak-kanak koma.
"Malah, apa yg saya lihat, rupa-rupanya masyarakat kita ini tidak boleh ditegur secara terus dan terbuka," katanya.
Jelasnya lagi, semua tindak tanduknya di laman sosial hanyalah kerana mahu mempertahankn setiap kenyataan yg dikeluarkannya.
"Oleh itu, sempena Ramadan dan Aidilfitri yg bakal menjelang ini, saya ingin mohon maaf kepada semua.
"Tetapi, kalau ada yg tak mahu maafkn saya atau berdendam dngan saya, tak mengapalah," katanya.
Terdahulu, Azwan memuat naik status di Twitter miliknya yg berbunyi 'Slm. Tak main la beli juadah kat bazar Ramadan? Most rasa sampah! Maaf! Just face the facts! So!.
Gara-gara perbuatannya itu, ia menyebabkn tercetusnya kontroversi dan mendapat kecaman masyarakat.
Anak angkat dari tahfiz
Sementara itu, Azwan baru saja mengambil seorng anak angkat dari Sekolah Tahfiz Darul Aminah, Seremban.
Anak angkatnya yg bernama Muhammad Aqil Mikael Rahman atau Aqil berusia enam tahun itu adalah kanak-kanak yatim piatu.
Katanya lagi, dia mengenali Aqil sejak berumur setahun dan berhasrat menjadikannya anak angkat setelah terpikat dngan kepintaran kanak-kanak itu bermain alat muzik, tabla.
Jelasnya, Aqil akan terus menetap di asrama sekolahnya, tetapi semua perbelanjaannya akn ditanggung oleh Azwan.
0 Komentar untuk "GOSIP Azwan Ali: Saya minta maaf!"