malaynews1. Powered by Blogger.

ARTIS Maya Karin Tidak Setuju Dengan Harga Buffet Ramadan Yang Mahal



Pelakon dan penyanyi, Maya Karin akui tidak gemar sikap manusia yg suka membazir di bulan Ramadan iaitu ketika waktu berbuka puasa.

Malah, Maya Karin berkata dia sendiri menentang tawaran buffet di hotel-hotel yg menawarkn dngan harga yg sangat mahal.

“Kadang-kadang manusia seronok dan terlalu hendak meraikn bulan Ramadan, jadi mereka sanggup berhabis duit untk ke hotel yg menawarkn makanan mewah dan banyak dngan harga buffet yg sangat mahal.

“Manusia akn ada sikap membazir dan tamak kerana bila mereka tempah buffet yg mahal mereka akn membaloikn harga tu dan makan sampai seperti esok tak ada pula.

“Pada saya bila jadi macam ini, ianya sudah bertentang dngan falsafah berpuasa itu sendiri kerana rasanya tak semestinya bila kita dah berpuasa seharian, kita boleh berbuka dngan begitu banyak sekali,” katanya kepda murai.com.my

Maya ditemui ketika Majlis Berbuka Puasa Astro di Hotel Royal Chulan, Kuala Lumpur kelmarin.

Apabila ditanya bagaimana pula cara Maya berbuka puasa bila di rumah, dia memberitahu dia lebih suka berbuka puasa dngan makanan yg ringkas dan paling penting haruslah bersama air yg sejuk.

“Saya suka berbuka puasa yg ringkas sahaja, seperti makan roti atau lauk yg pedas seperti sambal atau makan sahaja apa yg ada lebihan dari sahur pagi tadi.

“Tapi yg penting setiap kali berbuka air sejuk mesti ada, kalau tak ada bandung ais pun yg penting mesti ada ais,” ceritanya lagi.

Mengenai perkembangan lain, Maya kini muncul dngan lagu raya berjudul Pulang yg dicipta oleh Omar K.

 

0 Komentar untuk "ARTIS Maya Karin Tidak Setuju Dengan Harga Buffet Ramadan Yang Mahal"
Back To Top