malaynews1. Powered by Blogger.

ARTIS Impian Irma Hasmie Termakbul, Dijangka Bersalin Julai Ini



Pelakon Irma Hasmie tidak dapat menyembunyikn perasaan gembiranya apabila hasratnya untk memiliki anak perempuan telah dimakbulkn oleh tuhan.

Menurut Irma, semasa proses imbasan dilakukn, dia berasa gementar untk mengetahui jantina anak keduanya itu.

“Sebenarnya saya agak gementar juga masa nak tahu keputusan jantina tu sebab sebelum ini pun sudah beberapa kali buat imbasan tapi masih belum nampak jantinanya.

“Bila masuk bulan keenam barulah doktor dapat pastikn… Sebaik sahaja dapat tahu bahawa bayi kedua saya adalah anak perempuan, waktu itu perasaan saya hanya tuhan sahaja yg tahu.

“Saya sebenarnya dah lama impikn anak perempuan dan rasa syukur sangat kerana doa saya telah dimakbulkn tuhan,” katanya ketika ditemui Astro Gempak pada satu majlis.

Tambah Irma lagi, untk kandungan kali ini dia pula terlebih teruja berbanding suaminya, Redza Syah Azmeer.

“Kalau dahulu semasa saya mengandungkn Irfhan, suami saya yg lebih teruja sampai saya pun tergelak tengok gelagatnya.

“Tapi kali ini terbalik, saya yg teruja lebih berbanding suami… Saya gembira sebab saya pun dah ada ‘geng’ macam dia,” katanya ketawa.

Selain itu, Irma juga memberitahu kondisinya semasa mengandungkn anak kedua ini agak berbeza berbanding yg pertama.

“Untuk yg kedua ini saya tidak mengalami alahan yg teruk sampai saya pun naik hairan… Sewaktu mengandungankn Irfhan dulu, awal-awal lagi dah kena alahan.

“Cuma kali ini saya cepat letih dan menyebabkn pergerakkn saya jadi perlahan namun ia tidaklah sampai menjejaskn kerja saya,” ujarnya

Di samping itu, aktres berusia 32 tahun itu memberitahu suaminya juga sering bercerita kepada Irfhan mengenai adiknya yg bakal lahir tidak lama lagi.

Irma atau nama sebenarnya Irma Hasmie Ibrahim dijangka melahirkn anak keduanya pada 18 Julai ini.


 

0 Komentar untuk "ARTIS Impian Irma Hasmie Termakbul, Dijangka Bersalin Julai Ini"
Back To Top