Akibat bimbang rahsia suaminya merogol seorang amah terbongkar, seorang wanita bertindak membuat laporan palsu mendakwa pembantu warga asing itu mencuri barang kemas miliknya.
Difahamkan, mangsa berusia 15 tahun yg mempunyai permit kerja diserahkan wanita berusia 54 tahun itu kepada polis di Rembau kerana didakwa mencuri di rumahnya di Rasah Kemayan, Seremban.
Sumber berkata, sebaik laporan polis diterima, penyiasatan mendapati amah itu bukan saja dirogol, malah turut didera lelaki durjana berusia 64 tahun itu.
"Hasil siasatan mendapati, amah itu dipaksa bekerja di dua rumah majikannya, di Rembau dan Rasah Kemayan.
"Bagaimanapun, sebaik semua penhuni rumah tidur, suspek mengambil kesempatan merogol remaja berkenaan," katanya kepada wartawan di sini, semalam.
Kata sumber, gadis itu mendakwa dia baru tiga bulan bekerja di rumah pasangan itu.
"Sejak bekerja di rumah itu, gadis tersebut mendakwa dia sudah beberapa kali dirogol sebelum kejadian itu akhirnya disedari isteri suspek.
"Isteri suspek yg dipercayai mahu menutup kejadian itu kemudiannya bertindak membawa mangsa ke sebuah rumah di Rembau sebelum menghubungi pihak polis dan menuduh gadis terbabit mencuri beberapa barang kemas miliknya selain tidak mempunyai permit," katanya.
0 Komentar untuk "PELIK Isteri 'Cover Line' Suami Perkosa Pembantu Rumah"