malaynews1. Powered by Blogger.

PANAS Didie Alias, Risau Penerimaan Keluarga


ANAK-anak yg semakin meningkat dewasa merupakan kekuatan untuk Didie Alias menempuh segala cabaran.

Bila bercerita tentang hal keluarga, sering sahaja penghibur serba boleh, Didie Alias atau nama sebenarnya Fadzilah Mohd Ali yg menjadi jurucakap kepada pasangan ini.

Suaminya, Norisham Ismail pula lebih selesa senyap dan berdiri di belakangnya sahaja. Mungkin sesuai dengan perwatakannya yg lebih pendiam berbanding Didie.

Cinta Kami mengambil peluang untuk mengungkap kisah pertemuan dua jiwa ini daripada mulut Norisham sendiri.

Bagi Norisham, dia tidak menyangka pertemuannya dengan wanita yg bernama Didie ini pada tahun 2003 akan berakhir hingga ke jenjang pelamin.

?Saya memang tidak jangka sebenarnya kerana ketika di awal pertemuan itu, saya berjumpa dengan dia hanya kerana rakan saya yang pelawa.

?Rakan saya ajak saya makan dan ketika itu dia bawa sekali Didie untuk makan bersama dengannya. Tapi ketika itu saya tidak ada rasa terus jatuh cinta atau sebagainya.

?Sebaliknya ketika itu, saya mahu kenal dia sebagai seorang rakan sahaja. Apatah lagi dia seorang artis dan sebelum ini hanya dilihat melalui kaca televisyen, jadi itu yg buat saya nak kenal dengan dia," jelasnya mengingati semula kisah awal pertemuan dengan Didie.

Tambah Norisham lagi, ketika itu hanya berjumpa kerana dibawa rakan dan bermula daripada situ, mereka mula bertukar-tukar nombor telefon sama seperti di awal kisah percintaan pasangan bercinta.

?Lepas dah mula bertukar nombor telefon, kami selalu berhubung dan itu yang buat kami jadi rapat sebab kadang-kadang kalau dia ada kerja, saya akan temankan dia dan sebaliknya," katanya lagi.

Jelas daripada cerita Norisham sendiri, ketika itu mereka memang bahagia dan masing-masing sudah mempunyai perasaan terhadap satu sama lain. Cuma hanya dirungkai di dalam hati.

Namun, ketika itu, jauh di sudut hati Norisham, terdapat satu perkara yang merisaukannya untuk mengambil langkah seterusnya dalam hubungan antara dia dan Didie.

Lama juga difikirkan tentang perihal status diri masing-masing apatah lagi Didie ketika itu dengan status janda anak lima yang tua tiga tahun daripada dirinya.

?Saya tiada masalah dengan status Didie ketika itu kerana saya cukup yakin dengan hubungan kami. Cuma apa yang saya risaukan ialah penerimaan keluarga.

?Tapi, apa yang menjadi keyakinan pada diri saya untuk membawa dia berjumpa keluarga saya ialah kerana ketika itu saya memang suka padanya.

?Saya yakin dengan keputusan saya untuk berkawan rapat dengan Didie dan itu yang menjadi kekuatan saya membawa dia bertemu keluarga," jelasnya.

Ternyata, seperti yang dijangka, persoalan mula ditimbulkan oleh keluarganya tetapi bukan disebabkan oleh Didie, tetapi kerana keputusan yang dibuat oleh Norisham.

?Mula-mula bawa Didie itu sebenarnya memang macam ada masalah buat keluarga saya. Tetapi ia langsung tidak melibatkan diri saya.

?Itu pun saya bawa dia jumpa keluarga di akhir-akhir perkenalan kami sebelum membuat keputusan untuk berkahwin sekitar tahun 2008," kata Norisham yang berkahwin pada Mei 2009.






Keluarga sangsi

Menyambung bicara, jelas Norisham apa yang menjadi keraguan pada keluarganya adalah kerana keputusan saya untuk bersama dengan Didie.

?Keluarga seakan-akan sangsi dengan keputusan saya tetapi saya dah berpesan pada diri, walau apapun yang berlaku, saya tetap dengan keputusan saya," jelasnya.

Ternyata kesangsian terhadap keputusan Norisham untuk rapat dengan Didie makin pudar bila melihat betapa rapatnya hubungan mereka berdua ketika itu.

?Makin lama, keluarga melihat saya semakin serius dalam perhubungan bersama dengan Didie dan akhirnya, mereka pula yang memaksa saya untuk segera bernikah dengan Didie," katanya tertawa.

Jelas Norisham, ketika itu keluarga memintanya berkahwin dengan Didie kerana mereka yakin dengan keputusan saya dan khuatir dengan cakap-cakap orang sekeliling.

?Masa itu saya dah buktikan pada keluarga yang saya memang betul-betul serius dengan Didie.

?Pernah sekali pada tahun 2008, saya dan Didie membawa keluarga masing-masing dan bercuti di Port Dickson. Ketika itu adalah untuk memperkenalkan kedua-dua keluarga," jelasnya.

Jadi, disebabkan keluarga mereka tahu betapa rapatnya hubungan mereka ketika itu yang membuatkan desakan untuk bernikah semakin kuat.

Namun, Norisham sendiri menafikan bahawa pernikahan itu dilakukan setelah didesak oleh keluarga.

?Bukan kami tidak mahu kahwin ketika itu, cuma masa yang tidak sesuai kerana kami sibuk dengan kerja ketika itu.

?Kami faham dengan desakan keluarga yang tidak mahu hubungan kami ini menjadi cakap-cakap orang sekeliling.

?Jadi, akhirnya setelah enam tahun perkenalan, kami akhirnya bernikah dan bergelar suami isteri juga akhirnya," jelas Norisham tersenyum.

Ditanya apa yang menarik tentang diri isterinya itu, jelas Norisham, sikap Didie yang peramah dan banyak cakap itu yang membuatkan dia berasa senang untuk bersama dengannya.

?Saya ini lebih pendiam berbanding dengan Didie dan saya rasa sikap itu sebenarnya yang merapatkan hubungan saya dan dia," jelasnya.
0 Komentar untuk "PANAS Didie Alias, Risau Penerimaan Keluarga"
Back To Top