malaynews1. Powered by Blogger.

MENARIK Reaksi Maria Faria Gambar Bikininya Cetus Kontroversi




Pelakon Maria Farida menyifatkan pengikut-pengikut yg memberi komen berbau lucah menerusi foto pakaian dalam yg dimuat naik menerusi Instagram miliknya adalah mereka yg berfikiran kotor.

Maria, 44, berkata, foto tersebut tidak patut dijadikan isu kerana ia hanyalah beberapa bikini yg diletakkan di atas katil dan bukannya menunjukkan dia memakai pakaian tersebut.

"Ia hanyalah sejenis pakaian mandi yg diletakkan di atas katil. Mereka (pengikut) melenting dan kecoh seolah-olah saya memakai bikini tersebut dan memuat naik gambar saya ke Instagram.

"Takkan mereka tak pernah melihat bikini sebelum ini? Dan saya tidak pernah suruh pun melihat foto-foto yg saya muat naik. Itu hanyalah pemikiran kotor mereka terhadap baju itu. Apa yg mereka cakap semua tidak masuk akal," katanya kepada mStar Online menerusi aplikasi WhatsApp di sini pada Isnin.



Pada Sabtu lalu, Maria telah memuat naik foto beberapa bikini dengan kapsyen 'Can't decide on which one... hmm' (Tak boleh putuskan yg mana satu... hmm).

Foto tersebut telah menimbulkan kekecohan daripada kalangan pengikutnya terutama golongan lelaki yg memberikan komen-komen lucah kepada aktres itu.

Tambah pelakon yg popular dengan filem Datin Ghairah itu, dia turut mendapat kritikan seolah-olah tidak berpegang pada agama Islam dengan menunjukkan foto tersebut.

"Bayangkan ada yg siap mengutuk dan pada masa sama memberi ceramah agama sedangkan apa yg mereka buat dengan mengutuk orang sudah menunjukkan ia salah di sisi agama Islam.

"Entahlah, bagi saya ia hanyalah perkara kecil sahaja dan rasa kelakar pula apabila ramai yg mengambil serius dengan foto tersebut.

"Saya tertanya-tanya adakah pengikut-pengikut lelaki yg memberi komen ini akan menutup mata mereka apabila melalui kedai-kedai pakaian dalam di pusat beli belah?" soalnya.

Dalam pada itu kata Maria lagi, memandang dia mendapat terlalu banyak komen negatif, dia telah meminta pembantu peribadinya untuk membuang komen-komen tersebut.

Maria kini sedang bercuti di Pulau Krabi, Thailand dan akan pulang ke tanah air pada hujung minggu ini. 




 

0 Komentar untuk "MENARIK Reaksi Maria Faria Gambar Bikininya Cetus Kontroversi"
Back To Top