malaynews1. Powered by Blogger.

MENARIK Che Ta rimas, sekat 1,000 pengikut Instagram



Kira-kira 1,000 pengikut laman sosial Instagram milik Rozita Che Wan atau Che Ta telah disekat pelakon itu gara-gara terlalu rimas dengan mesej dan komen yg diberikan.

“Setiap kali saya memuat naik gambar…ada sahaja komen-komen yg mengutuk dan menggunakan bahasa-bahasa yg tidak sepatutnya.

“Sakit juga hati bila baca. Tetapi bagi saya Instagram tu personal saya. Sukahati saya lah nak letak gambar apa pun.

“Jadi, kepada sesiapa yg tak suka, tak payah follow. Setakat ini saya dah block 1,000 pengguna,” katanya ketika ditemubual Datuk Aznil pada segmen Apa Kata Malaysia dalam program HLIVE! yang disiarkan Astro Ria dan Maya HD pada malam Ahad.

Kata Che Ta yg memiliki kira-kira 300,000 pengikut di laman Istagram itu, dia turut kecewa kerana setiap kali memuat naik gambar bersama suaminya Zain Saidin, pasti ada yg tidak puas hati.

“Mesti komen negatif yg saya terima…Ish…saya pun pelik lah…Tak faham…Sampai jadi isu!

“Bergambar dengan suami pun salah? Kami bergambar di Eiffel Tower, tak bercium pun orang kata bercium! Tapi kalau bercium pun suami saya kot bukan suami orang,” katanya.

Tambah pelakon Kiah Pekasam itu lagi dia kini mengambil pendekatan untuk tidak mempedulikan komen-komen tersebut, cuma jika keterlaluan dia akan menyekat akaun pemberi komen yg melampau.

DIa juga tidak mahu terlalu memikirkan perkara tersebut kerana perkara remeh seperti wana rambut suaminya pun turut dipersoalkan.

“Mereka lupa atau tidak tahu kot yang Zain membawa watak cikgu mat saleh dalam Oh My English! dan masih dalam penggambaran,” katanya ketawa.

 

Related Post:

0 Komentar untuk "MENARIK Che Ta rimas, sekat 1,000 pengikut Instagram"
Back To Top