malaynews1. Powered by Blogger.

MENARIK Aura Saloma hidup dalam Nabila Huda



Telefilem Saloma akan ditayangkan di Astro First Eksklusif


 Sudah lebih 30 tahun, Salmah Ismail atau lebih dikenali dengan nama Saloma telah meninggalkan kita.

Namun, pemergiannya seakan dipandang sepi dan dilupakan semua terutama penggiat seni tanah air.

Tidak seperti pemergian suaminya, Tan Sri P. Ramlee pada 27 Mei 1973 yg diingati semua pihak saban tahun.

Sehubungan dengan itu, syarikat produksi Kus Semangat Aktor membawakan sebuah telefilem mengenai biopic biduanita negara, Saloma sebagai mengiktiraf sumbangan bintang lagenda itu yg tiada tolok bandingnya.

Telefilem dua episod kisah hidup Saloma ini, diarahkan sendiri oleh anak saudara Saloma iaitu Melissa Saila.

Kata Melissa, idea penghasilan telefilem ini tercetus dari ibunya, Seniwati Mariani yg mahukan agar semua tahu siapa itu Saloma yang dikenalinya.

“Ia merupakan idea asal ibu saya yg ingin melihat kisah hidup adiknya difilemkan dan ditonton semua” kata Melissa ketika dihubungi KAMI.



Nabila Huda sebagai Saloma dan Tony Eusoff sebagai P. Ramlee

Selain itu, Melissa turut berpuas hati dengan lakonan pelakon watak utama telefilem ini, Nabila Huda kerana berjaya membawakan watak Saloma dari muda hingga ke akhir hayatnya dengan baik.

“Nabila telah melalui satu proses ujibakat tertutup yg dijalankan oleh produksi.

Dia terpilih kerana menepati ciri-ciri yg dikehendaki produksi dan Nabila jelas dapat membawa watak dengan baik sekali” jelas Melissa lagi.

Selain Nabila, turut membintangi telefilem ini adalah Tony Eusof, Sazzy Falak, Hasnul Rahmat, Julia Ziegler, Sharifah Amani dan ramai lagi.

Telefilem yg berdurasi empat jam ini akan ditayangkan dalam dua bahagian di saluran Astro First Eksklusif pada 21 Ogos nanti.

 

0 Komentar untuk "MENARIK Aura Saloma hidup dalam Nabila Huda"
Back To Top