Sikap ambil berat Muhammad Fikri Abdullah, 24, terhadapnya membuatkan pelakon Faralyna Idris, 23, tidak bertangguh menerima lamaran daripada lelaki itu pada Februari lalu.
Faralyna atau mesra dengan panggilan Faa sebelum itu putus cinta dengan pelakon Hairul Azreen selepas empat tahun mereka menyulam kasih. Dia juga tidak mahu sejarah lama berulang kembali.
Justeru, tatkala melihat kesungguhan Fikri mahu memperisterikannya, Faa terus sudi menjadi suri hatinya dan perkara itu dimeterikan dengan ikatan pertunangan yg diadakan di kediaman ibu saudara Faa di Ampang, Selangor, malam kelmarin.
Disaksikan keluarga dan saudara mara kedua-dua belah pihak, Faa menerima sebentuk cincin berlian yg disarungkan ibu saudara Fikri, Raudah Taib menggantikan ibu Fikri, Hafiza Taib yg meninggal dunia awal tahun ini.
Faa turut menerima barangan hantaran seperti tepak sirih, kain, kek, fondan dan cincin yg dibalas tujuh untuk sebelah lelaki iaitu tepak sirih, kek, manisan, jeli, kain, karamel dan pulut.
0 Komentar untuk "GOSIP Faralyna Idris Kini Tunangan Fikri"