Pintu pagar utama Masjid Sultan Yusof di Rapat Setia, di sini, rosak teruk selepas dirempuh dua kenderaan yg terbabit dalam satu kemalangan berhadapan masjid berkenaan petang tadi.
Dalam kejadian yg berlaku kira-kira jam 4.20 petang itu, kenderaan pelbagai guna (MPV) Nissan Grand Livina itu dipercayai hilang kawalan dan merempuh pintu pagar utama masjid.
Kenderaan itu juga melanggar tiang lampu isyarat di hadapan masjid hingga tercabut serta mengakibatkan kerosakan teruk pada pagar batu masjid berkenaan.
KEADAAN MPV yg terbalik selepas melanggar pintu pagar utama Masjid Sultan Yusof di Rapat Setia, Ipoh.
Saksi Muhammad Yahya, 84, yg ditemui di lokasi kejadian berkata, sebelum kejadian dia mendengar dentuman kuat di sebelah kanan masjid.
"Ketika itu saya nampak sebuah MPV hampir terbalik di hadapan pintu pagar dan melihat pemandu keluar daripada kenderaan tanpa sebarang kecederaan.
"Selain MPV itu, sebuah Nissan Sentra turut tersangkut pada pagar batu manakala kereta Perodua Kancil berada di laluan bertentangan,", katanya

0 Komentar untuk "BERITA Masjid dirempuh teruk dua kenderaan"